- putuskan kenyataan Wakil Rakyat fitnah dan niat jahat.
- ganti rugi sebanyak RM750,000 (jumlah)
My Comments :
Ini bukan kali pertama wakil rakyat parti lebai didapati melakukan kesalahan memfitnah orang dan dijatuhkan "hukuman' yang agak berat juga. Terpaksa bayar ganti rugi berjumlah RM750,000. Dan saya yakin ini bukan kali terakhir juga.
Jika parti lebai tidak sanggup membayar ganti rugi bagi pihak wakil rakyat mereka, kemungkinan besar si-wakil rakyat itu boleh diputuskan bankrap dan hilang kerusi.
Sejak tahun 1980an saya melihat ramai wakil rakyat parti lebai di saman atas kesalahan membuat kenyataan palsu, membohong, memfitnah (dan yang latest pula kenyataan yang bodoh) dan dijatuhkan hukuman membayar ganti rugi. Tidak ada parti lain dalam politik negara kita yang mempunyai bilangan begitu ramai wakil rakyat yang kalah kes saman malu dan terpaksa bayar ganti rugi.
Seolah memang parti lebai itu sinonim dengan membohong dan memfitnah. Tetapi yang menguntungkan parti lebai ialah ramai penyokong mereka memang suka dengar berita fitnah dan omong kosong, mereka gian sangat cerita dongeng 1001 Malam, cerita khurafat dan takhyul, cerita haiwan boleh berbicara, cerita batu ajaib dsbnya. Memang itulah indoktrinasi minda mereka dari kecil dulu.
Tanpa campur tangan sistem pengadilan sivil yang waras dan berpaksikan
قل هاتو برهانكم إن كنتم صادقين
"qul haatu burhanukum inkuntum sadikin" bermaksud "katakan, tunjuklah bukti kamu jika kamu adalah orang yang bercakap benar" sudah tentu parti lebai sudah boleh terbang ke langit menunggang gajah ajaib yang "bersayapkan" telinganya.
Sebahagian penganalisis memberi pandangan bahawa walaupun wakil rakyat parti lebai itu berpelajaran tinggi tetapi masih membuat kenyataan yang bodoh dan tidak bertanggungjawab. Maka dijatuhkan hukuman 'memfitnah' dan terpaksa bayar ganti rugi yang banyak.
Malang sekali wakil rakyat parti lebai itu sudah pun mencapai tahap pelajaran tinggi sebelum dia menjadi wakil rakyat. Maksudnya kebodohannya juga mencerminkan sistem pendidikan negara dan sistem pengajian universiti IPTA. Mengelirukan Chin Peng, "kopi peng", membunuh kadet di IPTA, kadet IPTA dijatuhkan hukuman mati semuanya termasuk tatacara dan budaya pengajian tinggi dalam negara kita. Jangan lupa juga si-profesor dengan teori Konthura, teori DNA yang tertua dalam dunia dan gambar kapal layar yang diciplak daripada lukisan warisan orang lain. Lukisan sahaja - bukan gambar betul pun.
- Jawatan kosong : Wakil Rakyat.
- Kelayakan : Boleh membohong, boleh memfitnah, percaya khurafat dan takhyul, suka kisah pelik dan palsu.
Percayalah, ramai yang akan memohon jawatan itu.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.