
PPS Rumah Steven di Tatau menempatkan 33 mangsa daripada 13 keluarga terjejas akibat banjir yang melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput sejak Khamis lepas.
Jawatankuasa itu turut membantu menyediakan makanan kering untuk 165 penduduk terjejas banjir di daerah Bintulu menerusi Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Bintulu serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Pengagihan bantuan itu melibatkan penduduk di empat rumah panjang (Rh) terdiri daripada Rh Alam, Rh Nyaing, Rh Jeffry Giri dan Rh Awang Inban. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.