`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, January 26, 2025

Mat Sabu yakin Amanah mampu menang belasan kerusi di Kelantan

 

Free Malaysia Today
Presiden Amanah, Mohamad Sabu, yakin undi orang ramai akan berubah pada pilihan raya akan datang. (Gambar Bernama)

KLANG
Amanah mampu memenangi belasan kerusi di Kelantan pada PRU16, berdasarkan sokongan rakyat kepada parti itu yang dilihat semakin baik walaupun perlahan.

Presiden Mohamad Sabu berkata keyakinan itu juga bersandarkan pada perpaduan parti, selain rombakan kerusi yang dilakukan dengan betul.

“Memang kita tahu parti yang besar mewakili orang Melayu di Malaysia ini adalah Umno serta PAS, dan nak muncul di tengah-tengah itu agak sukar.

“Namun jangan lupa pilihan raya lepas Perikatan Nasional memerintah, kempen berjalan begitu hebat. Kali ini mereka tidak memerintah. Sebab itu saya yakin undi orang ramai akan berubah pada pilihan raya akan datang,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional Amanah 2024.

DUN Kelantan terdiri daripada 45 kerusi dengan 42 disandang PAS, dua dimenangi Barisan Nasional iaitu Galas dan Nenggiri, manakala satu lagi dimiliki Amanah iaitu Kota Lama.

Dalam perkembangan lain, Mohamad ketika ditemui pemberita berkata Konvensyen Nasional Amanah tahun ini dijangka diadakan di Pulau Pinang pada November akan datang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.