`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 16, 2025

Seimbang kuota MM2H, jangan tumpu China saja, gesa bekas menteri

 

Rais Yatim
Rais Yatim berkata penambahbaikan inisiatif itu tidak harus tertumpu kepada keuntungan semata-mata tetapi perlu dilihat dari segi pembangunan teknologi, pendidikan dan sosiobudaya.

PETALING JAYA
Seorang bekas menteri menggesa kerajaan menyeimbangkan kuota kelulusan permohonan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dari pelbagai negara bagi mengelak dominasi pemohon dari China.

Bekas menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, Rais Yatim, mendakwa situasi di mana sebahagian besar pemegang pas MM2H adalah dari republik itu sebagai membimbangkan, dan dikhuatiri melenyapkan sedikit demi sedikit budaya dan identiti negara.

“Mengapa tak sama rata? Kita mahu cenderungan dan amalan mengutamakan (permohonan) dari China ini dihentikan dan program ini mesti lebih telus.

“Kalau ramai sangat orang luar datang begitu, maka habislah kita punya landasan. Identiti kita hancur. Bahasa kita habis. Budaya kita habis,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas pelbagai kritikan dilemparkan terhadapnya termasuk oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing yang menyatakan tuduhan Rais bahawa program MM2H menyebabkan lebih 20,000 warga China sebagai penduduk tetap adalah tidak bertanggungjawab.

Rais turut dikritik Presiden Persatuan Perunding Program MM2H, Anthony Liew, yang menegaskan peserta dari China tidak akan bertukar menjadi penduduk tetap.

Menegaskan perkara itu, Rais berkata beliau hanya memberi respons kepada laporan sebuah media yang menyatakan lebih 22,000 rakyat China adalah peserta program MM2H.

“Punca berita itu dari sebuah portal, jadi saya komen kepada laporan itu dengan berkata ‘tahniahlah sebabkan orang China lebih ramai. Kenapa tak rakyat negara lain’. Itu saja,” katanya.

Pada 6 Mac, Malay Mail menyiarkan jawapan bertulis Tiong di Dewan Rakyat yang melaporkan 22,282 permohonan MM2H diluluskan antara 2015 hingga tahun lalu, dengan majoriti dari China.

Selasa lalu, agensi teknologi hartanah, IQI melaporkan pemohon dari China membentuk 1/3 daripada pemegang pas memperoleh visa tahun lalu yang menunjukkan MM2H menarik minat individu pelbagai negara.

Menurut laporan itu lagi, seramai 24,765 daripada 53,000 pemegang pas MM2H semasa adalah dari China, diikuti Australia (9,265), Korea Selatan (4,940), Jepun (4,733), Bangladesh (3,604), dan United Kingdom (2,234).

Manakala kurang daripada 1,000 dari Amerika Syarikat, Singapura, Taiwan dan India.

Laporan itu mendedahkan MM2H yang ditambah baik menyaksikan RM455.8 juta diletakkan di bank tempatan dalam bentuk simpanan tetap sejak Jun 2024.

Bukan hanya soal untung

Mendakwa menjadi sebahagian daripada anggota kerajaan yang merangka garis panduan program itu sebelum ini, Rais berkata penambahbaikan kepada inisiatif itu tidak harus tertumpu kepada aspek keuntungan semata-mata tetapi perlu dilihat dari segi pembangunan teknologi, pendidikan serta sosiobudaya.

“Tujuan kita (perkenal MM2H) dulu untuk beri peluang kepada pelabur sambil menikmati sosioekonomi, mengembangkan taraf hidup penduduk namun sekarang syarat ini sebagai laluan sahaja yang penting bawa modal untuk ‘ditanam’ di Malaysia,” katanya.

Tahun lalu, kerajaan mengumumkan peraturan baharu MM2H terbahagi kepada tiga kategori iaitu platinum, gold dan silver, dengan setiap satu mempunyai syarat kewangan serta manfaat berbeza.

Kategori platinum memerlukan simpanan tetap RM5 juta, manakala gold dan silver masing-masing RM2 juta serta RM500,000, selain tempoh visa dan syarat pembaharuan berlainan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.