
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata, semua laporan itu diterima setakat 11.30 malam semalam dan siasatan lanjut giat dilakukan.
Katanya, laporan awal kes itu dibuat seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun di Balai Polis Beranang, Kajang, pada Sabtu lepas.
“Identiti suspek wanita berusia 75 tahun itu sudah pun dikenal pasti. Pada masa ini, siasatan sedang dijalankan dengan tindakan awal kita adalah memanggil pemilik akaun,” katanya ketika dihubungi.
“Polis sudah merakam percakapan pengadu bagi melengkapkan siasatan awal kes itu mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”
Razarudin berkata, pihaknya telah merujuk kes itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar hantaran itu diturunkan daripada akaun Facebook wanita itu kerana ia boleh mengelirukan pembaca.
“Pihak polis tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang isu berkaitan agama, kaum dan raja (3R),” katanya.
“Tindakan mengikut segala peruntukan undang-undang sedia ada akan diambil terhadap pihak menimbulkan suasana tidak harmoni dan mengganggu-gugat ketenteraman awam.” - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.