`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, March 5, 2025

Wanita maut selepas rumah ditimbus tanah runtuh

 

wanita maut tanah runtuh
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam tanah runtuh menimpa sebuah rumah di Kampung Lok Bonu, Jalan Sepanggar. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA
Seorang wanita maut apabila sebuah rumah ditimbus tanah runtuh di Kampung Lok Bonu, Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada 4.32 pagi tadi.

“Pasukan operasi mendapati berlaku hakisan tanah runtuh dan menimbus sebuah rumah jenis tidak kekal yang menyebabkan kerosakan 100%.

“Terdapat dua mangsa, iaitu seorang wanita tertimbus dan dikeluarkan bomba, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian, manakala anak lelakinya selamat dan tidak cedera,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan 7 pagi tadi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.