`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, February 8, 2026

KPKT sedia kerjasama laksana program pemutihan rumah ibadat tanpa kebenaran

 Menteri Nga Kor Ming kata isu tanah bawah bidang kuasa kerajaan negeri namun KPKT terbuka untuk membantu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kata pembinaan rumah ibadat tertakluk pada undang-undang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia bekerjasama dengan semua pihak dalam melaksanakan program pemutihan rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran.

Menteri Nga Kor Ming berkata isu tanah bawah bidang kuasa kerajaan negeri namun KPKT terbuka untuk membantu.

“Marilah kita sama-sama membantu dan menyelesaikan masalah ini,” katanya, lapor Bernama, selepas majlis di Ipoh, Perak.

Nga berkata pembinaan rumah ibadat tertakluk pada undang-undang, termasuk keperluan memperoleh kebenaran merancang daripada PBT.

“Undang-undang kita jelas. Mereka perlu memohon kebenaran merancang dan peraturan ini terpakai untuk semua rumah ibadat termasuk gereja, masjid, tokong dan kuil, tanpa sebarang pengecualian,” katanya.

Nga berkata terdapat struktur rumah ibadat yang dibina sebelum kewujudan Akta Kerajaan Tempatan atau Kanun Tanah Negara.

“Sebahagian rumah ibadat ini telah wujud ratusan tahun lepas. Oleh itu, ia sudah lama berada di situ. Kita perlu mencari penyelesaian melalui proses pemutihan,” katanya.

“Yang penting, struktur itu tidak mengganggu ketenteraman awam, tidak menceroboh rizab sungai dan tidak mengganggu trafik atau jalan raya.”

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak bersetuju dengan pembinaan rumah ibadat tanpa ikut peraturan dan undang-undang.

Anwar berkata semua rumah ibadat perlu mematuhi peraturan yang sama demi menjaga keharmonian dan perpaduan negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.