`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, February 8, 2026

Eksekutif jualan rugi RM50,750 terpedaya tawaran tender

 Polis berkata pengadu dihubungi seorang individu mengaku wakil pembekal bagi tender set kerusi dan meja kantin untuk sebuah sekolah rendah di Marang.

Azli Mohd Noor
Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata mangsa hanya menyedari diperdaya selepas memindahkan wang syarikat berjumlah RM50,750 ke sebuah akaun bank. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Seorang wanita kerugian lebih RM50,000 akibat ditipu tawaran tender pembekalan set kerusi dan meja kantin sekolah di Marang, Terengganu.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang eksekutif jualan syarikat pembekal barangan pejabat kira-kira 5.27 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati pengadu dihubungi seorang individu mengaku wakil pembekal bagi tender set kerusi dan meja kantin untuk sebuah sekolah rendah di Marang.

“Pengadu kemudian diarahkan membuat bayaran ke sebuah akaun bank menerusi transaksi pindahan wang,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa berusia 29 tahun menggunakan wang syarikat dan melakukan satu transaksi pindahan wang berjumlah RM50,750 kira-kira 2.25 petang 7 Feb lalu.

Katanya, pengadu menyedari diperdaya selepas membuat bayaran itu.

Menurutnya, siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan masih diteruskan bagi mengesan suspek. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.