Lesen memandu diklasifikasikan aktif ialah tamat tempoh tidak lebih 36 bulan dari tarikh akhir pembaharuan sebelumnya.

Menurutnya, status lesen memandu memainkan peranan penting dalam menentukan kelayakan penerima subsidi itu, justeru pemegang lesen disaran memastikan lesen mereka sentiasa aktif.
“LMM yang diklasifikasikan aktif ialah lesen yang tamat sah lakunya tidak melebihi 36 bulan dari tarikh akhir pembaharuan sebelumnya.
“Dalam tempoh ini, pemegang lesen masih layak menerima subsidi BUDI95 dan boleh memperbaharui lesen secara terus tanpa sebarang ujian tambahan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pembaharuan lesen tamat tempoh lebih 36 bulan tidak boleh dilakukan secara terus kerana pemegang lesen wajib menjalani ujian kompetensi memandu semula di institut memandu.
“JPJ terus komited memperkukuh penyampaian perkhidmatan cekap, telus dan berintegriti, selaras aspirasi Malaysia Madani dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.” - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.