Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2019.

Sumber Jaheaik berkata, wanita itu yang ditemani suaminya memberi keterangan kira-kira sejam di pejabatnya pada Selasa.
“Siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2019,” katanya menurut Sinar Harian.
Sebelum ini, tular di media sosial tindakan seorang ‘founder’ di Kelantan mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya bertemakan bunian, dengan ada yang berpakaian seperti pocong dan bunian.
Susulan itu, Mufti Kelantan, Shukri Mohamad dipetik Sinar Harian menyifatkan sambutan hari jadi bertemakan bunian dan berpakaian menyerupai hantu satu bentuk kufur nikmat kerana tidak meletakkan nikmat kurniaan Allah pada tempat sepatutnya.
Katanya, setiap kelahiran anak merupakan kurniaan Allah yang perlu disyukuri mengikut tuntutan agama Islam dan konsep mensyukuri nikmat ialah meletakkan sesuatu nikmat dikurniakan Allah pada tempat betul dan selaras syariat. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.