`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, June 29, 2026

Lawan PH di Mahkota, Syed Hussien masih hargai sokongan ‘bekas sekutu’

 Pada PRK Mahkota 2024 Syed Hussien Syed Abdullah menang majoriti 20,648 undi termasuk dengan bantuan PH.

BN DUN Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah
Syed Hussien Syed Abdullah berkata pertembungan politik tidak harus melangkaui batas.
KLUANG:
Kira-kira 20 bulan lalu, Syed Hussien Syed Abdullah mencatat sejarah politiknya sendiri apabila menang besar pada PRK Mahkota dengan majoriti 20,648 undi.

Membawa panji Barisan Nasional (BN), ketua Pemuda Umno Kluang itu meningkatkan majoriti BN berbanding kemenangan pada PRN Johor 2022, iaitu 5,166 undi.

Namun, PRN Johor kali ini hadir dengan cerita berbeza. Syed Hussien sekali lagi dicalonkan BN di DUN Mahkota, tetapi suasananya tidak lagi sama seperti PRK lalu apabila Pakatan Harapan (PH), yang sebelum ini membantu kemenangannya, kini meletakkan calon sendiri.

Kali ini, beliau berdepan pertandingan tiga penjuru menentang calon PH Ahmad Zuhan Md Zain serta Abd Hamid Ali daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Bercakap kepada FMT, Syed Hussien berkata beliau menghargai bantuan diberikan kepadanya oleh PH termasuk DAP pada PRK di kawasan berkenaan.

DAP mewakili Parlimen Kluang dan DUN Mengkibol.

“Bagi saya apa yang lepas itu adalah satu bantuan. Orang mahu bantu kita, kita kena hargai dan anggap itu satu rezeki.

“Kali ini (BN-PH) bertembung dan tidaklah perlu (berlawan) sampai melangkaui batas kerana di Johor kita ada adab sendiri,” katanya.

Ditanya sama ada BN mampu mengulangi majoriti besar seperti PRK lalu, Syed Hussien mengakui angka sokongan mungkin berubah kerana pertandingan kali ini berlangsung dalam landskap politik berbeza.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara paling penting bukanlah saiz majoriti, sebaliknya mandat kukuh daripada rakyat Mahkota untuk membolehkannya meneruskan agenda pembangunan kawasan itu.

“Memang diakui mungkin akan ada sedikit lari dari segi angka, tetapi bagi saya bukan soal berapa besar majoriti yang kita mahu.

“Yang penting bagaimana kita memperoleh mandat yang kukuh daripada rakyat, khususnya pengundi di DUN Mahkota,” katanya.

Syed Hussien turut menyifatkan pertandingan tiga penjuru itu sebagai sebahagian proses demokrasi yang sihat apabila setiap parti diberi ruang menawarkan calon dan agenda masing-masing kepada rakyat.

Menyentuh fokus pembangunan Mahkota, Syed Hussien berkata BN mahu memberi penekanan kepada sektor agromakanan, perumahan mampu milik dan pengangkutan awam di Kluang.

Katanya, projek Rumah Mampu Milik Johor (RMJ) serta jaringan pengangkutan seperti perkhidmatan tren elektrik (ETS) mampu menjadikan Mahkota kawasan strategik untuk penduduk yang bekerja di bandar tetapi memilih menetap di kawasan desa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.