`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

1 JUNE 2026

Tuesday, June 2, 2026

Muda mahu tampil calon dengan rekod perkhidmatan

 Cabaran dihadapi rakyat hari ini memerlukan lebih daripada sekadar politik lama dan wajah yang sama, kata Muda.

Parti MUDA
Muda akan mempertahankan kerusi Puteri Wangsa pada PRN Johor kelak.
PETALING JAYA:
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mahu menampilkan lebih ramai calon muda yang berkualiti, berwibawa dan mempunyai rekod perkhidmatan kepada masyarakat, pada PRN Johor kelak.

Ketua Penerangan Rasid Abu Bakar berkata cabaran dihadapi rakyat hari ini memerlukan lebih daripada sekadar politik lama dan wajah yang sama.

“Johor memerlukan barisan pemimpin yang memahami aspirasi generasi baharu, berani membawa pembaharuan dan bersedia mempertahankan kepentingan rakyat.

“Pilihan raya ini bukan sekadar soal parti politik atau perebutan kuasa. Ia adalah soal masa depan Johor dan generasi yang akan mewarisinya,” menurut kenyataan.

Muda mengumumkan ia akan memainkan peranan aktif dalam PRN kali ini, dan akan mempertahankan kerusi Puteri Wangsa yang dimenangi pada pilihan raya lalu.

Pada PRN 2022, Muda menerusi Amira Aisya Abdul Aziz, kini pemangku presiden parti, menang dengan kelebihan 7,114 undi, hasil kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Calon Muda meraih 22,884 undi, berbanding Barisan Nasional (15,770) dan Perikatan Nasional (8,957), serta tiga calon lain.

Pada Mac, Amanah Johor mengumumkan ia mahu ‘mengambil balik’ Puteri Wangsa yang ‘dipinjamkan’ kepada Muda. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.