`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Wednesday, July 8, 2026

Anak Felda tak gentar cabar bekas menteri di Pasir Raja

 Calon PH Mohd Fakharuddin Moslim berkata status ‘underdog’ bukan penghalang cipta kemenangan pada PRN Sabtu ini.

Mohd Fakharuddin Moslim berdepan saingan tiga penjuru di DUN Pasir Raja termasuk menentang bekas menteri kesihatan Dr Adham Baba.
KOTA TINGGI:
Anak peneroka Felda Mohd Fakharuddin Moslim yang menjadi calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Pasir Raja tidak gentar berdepan bekas menteri kesihatan Dr Adham Baba daripada Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada FMT, Fakharuddin mengakui turun ke medan pertandingan tiga penjuru itu sebagai ‘underdog’ tetapi tidak bermakna dirinya tidak berpeluang diumum sebagai pemenang pada PRN Johor, Sabtu ini.

Beliau mengingatkan 50% pengundi di DUN bawah Parlimen Tenggara itu adalah orang muda.

“Sebagai orang muda dan anak Felda, saya tawarkan diri untuk berkhidmat,” kata Fakharuddin yang juga berdepan saingan Yuhanita Yunan daripada Perikatan Nasional (PN).

Kerusi itu dimenangi Rashidah Ismail daripada BN pada PRN 2022 namun digugurkan kali ini, digantikan Adham.

Jika bergelar ‘Yang Berhormat’ Sabtu ini, Fakharuddin berkata beliau akan memastikan limpahan ekonomi Johor dirasai penduduk luar bandar, termasuk komuniti Felda yang menurutnya masih memerlukan penambahbaikan asas.

Fakharuddin Moslim
Mohd Fakharuddin Moslim pada siri kempen PRN Johor.

Katanya, pembangunan di negeri itu ketika ini lebih banyak tertumpu di Johor Bahru, menyebabkan jurang pendapatan dan kemudahan dengan kawasan seperti Kota Tinggi dan Pasir Raja masih ketara.

Sebagai anak Felda, beliau turut memahami keperluan masyarakat di kawasan itu dan yakin dapat membantu Felda Bukit Besar, Bukit Ramun, Sungai Sayong dan Pasir Raja.

Antara masalah dikenal pasti termasukk kekurangan lampu jalan, kelajuan liputan internet dan memperkukuh pendidikan serta latihan kemahiran.

“Kita juga nak pastikan ada pelaburan boleh dibawa masuk di Pasir Raja untuk pastikan anak-anak muda tidak keluar kawasan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.