`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Friday, September 25, 2026

PAS P Pinang hormat desakan akar umbi mahu tanding Tasek Gelugor

 Ketua Penerangannya Fawwaz Jan bagaimanapun berkata soal pembahagian kerusi akan diputuskan pemimpin tertinggi parti dan semua pihak akan akur dengan keputusan dibuat.

PERWAKILAN PAS MUKTAMAR PAS KE 72 2026
Akar umbi PAS dilaporkan mendesak agar parti itu bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor yang kini diduduki Naib Presiden Wawasan Wan Saiful Wan Jan.
PETALING JAYA:
PAS Pulau Pinang menghormati pandangan akar umbi yang mendesak parti itu bertanding di Parlimen Tasek Gelugor, yang kini disandang Naib Presiden Wawasan Wan Saiful Wan Jan.

Ketua Penerangannya, Fawwaz Jan bagaimanapun berkata, soal pembahagian kerusi akan diputuskan pucuk pimpinan tertinggi parti dan semua pihak akan akur sebaik sahaja keputusan dimuktamadkan.

“Semua pihak berhak bersuara dan memberikan pandangan berdasarkan penilaian dan penelitian mereka. Dalam PAS, pembahagian kerusi ini dibuat oleh pimpinan di peringkat tertinggi.

Apabila keputusan dibuat, semua ahli akan patuh dan taat kepada keputusan pimpinan.

“Dalam sejarah, sudah banyak berlaku keadaan seperti ini. Ini suara ahli di bawah yang perlu dihormati, tetapi apabila keputusan telah dibuat, semua ahli akan taat dan bekerja untuk menang,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Hafiz Alias, berkata keputusan berhubung rundingan kerusi merupakan bidang kuasa pimpinan di peringkat pusat, namun pandangan akar umbi lazimnya menjadi antara pertimbangan.

“Pandangan akar umbi ini perlu menjadi antara faktor utama kerana mereka adalah jentera pilihan raya pada PRU akan datang.

“Jika calon menang selama sepenggal atau lima tahun mendatang, mereka jugalah yang akan bersama wakil rakyat itu dan berdepan secara terus dengan pengundi kawasan terbabit.

“Mereka juga mungkin dipilih lagi jika mempunyai rekod prestasi yang baik, mudah untuk bertemu akar umbi dan rakyat serta tidak lokek memberi sumbangan. Jentera pun mudah berkempen,” katanya.

Hafiz berkata beliau yakin kebijaksanaan kepimpinan PAS dalam mencatur kerusi yang akan ditandingi pada PRU16 akan mengambil kira semua pihak tanpa prejudis serta tidak menganiaya jentera di bawah.

Terdahulu, akar umbi PAS mendesak parti itu bertanding di Parlimen Tasek Gelugor yang kini diduduki Wan Saiful.

PAS Cawangan Lahar Yooi dilaporkan berkata mereka akan menutup bilik operasi serta memboikot pilihan raya jika calon yang dipilih kelak bukan daripada PAS. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.