`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Friday, September 25, 2026

Pembantu jurujual mengaku tak salah tipu pakej umrah persendirian

 Syed Syafiq Syed Azhar didakwa memperdaya pengadu membabitkan kerugian RM35,736.

gavel
Tertuduh, Syed Syafiq Syed Azhar, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang individu berhubung pakej umrah persendirian hingga kerugian RM35,736. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Seorang pembantu jurujual dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang individu berhubung pakej umrah persendirian membabitkan kerugian RM35,736.

Tertuduh, Syed Syafiq Syed Azhar, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting, menurut Harian Metro.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa memperdaya pengadu dengan membuat representasi, dia boleh menyedia dan mengurus pakej umrah persendirian termasuk penerbangan pergi balik serta penginapan di Makkah dan Madinah.

Bagaimanapun, representasi berkenaan didakwa palsu atau tidak benar, yang mendorong pengadu menyerahkan RM35,736 menerusi akaun Bank Islam atas syarikat Fique Lagacy yang didaftarkan di atas nama tertuduh.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu Februari tahun lalu di Persiaran Bayan 3, Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas di sini, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebat serta denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Sofi Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam Hazarul Iqram Rozahan.

Terdahulu, Muhammad Sofi mencadangkan jumlah jaminan setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Hazarul Iqram pula memohon jumlah dikurangkan kerana anak guamnya berpendapatan RM3,000 sebulan, menanggung seorang anak.

Mahkamah menetapkan jaminan RM7,500 dan kes disebut semula pada 19 November untuk serahan dokumen. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.