Mangsa lelaki berusia 56 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, mangsa lelaki warga Filipina berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.
Menurut kenyataan itu, bilik kawalan Balai Bomba Penyelamat Kudat menerima panggilan daripada orang awam pada 8.31 pagi dan sepasukan sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
“Pasukan bomba menghubungi pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk mendapatkan bantuan memutuskan bekalan elektrik bagi memastikan keselamatan pasukan penyelamat sebelum kerja mengeluarkan mangsa dijalankan,” menurut kenyataan itu.
JBPM memaklumkan, anggotanya berjaya mengeluarkan mangsa sebelum mayat lelaki berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.