Puncak Alam dilanda banjir kilat petang ini yang menjejaskan sebahagian kawasan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beberapa kawasan perumahan berhampiran berikutan hujan lebat.
Turut dilaporkan terjejas adalah Alam Suria dan Saujana Utama, Sungai Buloh.
Video dan foto yang dikongsikan di media sosial menunjukkan jalan raya ditenggelami air termasuk di sepanjang Jalan Meru menghala ke Puncak Alam, berhampiran simpang Kampung Bukit Cerakah.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-05112026-62_934348.jpg)
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-05112026-60_896252.jpg)
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-05112026-59_879024.jpg)
Rakaman video juga menunjukkan jalan raya dan kawasan parkir berhampiran bangunan UiTM Puncak Alam dipenuhi air keruh. Tidak pasti sama ada beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan terjejas ataupun tidak.
Gambar yang dikongsikan turut menunjukkan beberapa kenderaan, termasuk bas meredah jalan yang dinaiki air di kawasan terjejas.
Hujan lebat dilaporkan masih berterusan di kebanyakan tempat-tempat yang disebutkan tadi, termasuk di Kuala Lumpur setakat jam 6 petang tadi.
Sementara itu Bernama melaporkan keadaan banjir itu juga dikongsikan beberapa pengguna media sosial menerusi aplikasi Threads yang memaparkan situasi banjir di sekitar kampus berkenaan.
Seorang pengguna nis0piee berkongsi beberapa video yang menunjukkan kawasan menunggu bas di kampus itu dinaiki air, selain mendakwa kejadian berkenaan merupakan pengalaman pertamanya berdepan situasi sedemikian.
Seorang lagi pengguna, afiqqqdaniel memuat naik video yang memaparkan aliran air deras yang keruh memenuhi permukaan jalan di kawasan yang dipercayai dalam kampus berkenaan.
Sementara itu, nabiq65 turut berkongsi dua video yang memaparkan keadaan banjir kilat di kawasan yang dipercayai berhampiran Fakulti Alam Bina, UiTM Kampus Puncak Alam.
Dalam perkembangan berkaitan, satu video yang dikongsikan Zamron Mat menerusi Facebook memaparkan seorang individu memaklumkan bahawa Taman Sri Alam, Saujana Utama di Sungai Buloh turut dinaiki air sehingga melimpah ke jalan raya.
Individu berkenaan turut mengingatkan penduduk supaya mengalihkan kenderaan ke tempat yang lebih selamat serta mengutamakan keselamatan diri.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar memaklumkan bahawa pihaknya menerima lima panggilan berkaitan kejadian banjir kilat di sekitar Selangor hari ini.
Ia membabitkan Kampung Johan Setia, Tadika UiTM Kampus Puncak Alam, Taman Seri Alam di Saujana Utama, Jalan Meru Tambahan menghala Puncak Alam serta Kampung Salak, Sepang.
Beliau berkata di Kampung Johan Setia, paras air setinggi kira-kira 0.3 meter telah memasuki beberapa kediaman penduduk, namun tiada pemindahan dilakukan.
Di tadika UiTM Kampus Puncak Alam pula, banjir dilaporkan surut sepenuhnya ketika anggota bomba tiba di lokasi pada 5.26 petang, dan tiada khidmat menyelamat dijalankan.
Sementara itu, pemantauan di Taman Seri Alam, Saujana Utama mendapati kawasan perumahan berkenaan turut dilanda banjir kilat akibat hujan lebat dan limpahan air dari takungan berhampiran, dengan paras air dianggarkan 0.3 meter.
Di Jalan Meru Tambahan menghala Puncak Alam pula, paras air dilaporkan mencecah kira-kira 0.6 meter, menyebabkan kenderaan ringan tidak dapat melalui jalan berkenaan. Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan mangsa.
Di Kampung Salak, Sepang, pula banjir kilat dilaporkan surut sepenuhnya ketika pasukan bomba tiba di lokasi pada 5.59 petang, sebelum anggota menjalankan pemantauan paras air di kawasan berhampiran bagi memastikan keadaan terkawal.
Bagaimanapun, tiada pemindahan penduduk dilaporkan dilakukan di semua lokasi berkenaan.
Menurut ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ribut petir dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di Selangor pada sebelah petang dan malam.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-05112026-57_950306.jpg)
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-05112026-58_862955.jpg)
MetMalaysia turut meramalkan ribut petir di daerah Kuala Selangor bagi kedua-dua tempoh berkenaan.
Setakat ini, jumlah penduduk yang terjejas, keadaan laluan serta sebarang kejadian kecemasan akibat banjir kilat itu masih belum disahkan pihak berkuasa. - Mkini




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.