Melewati Api Besar, masih jauh lagi perjalanan untuk dituju. Api Besar merupakan kawasan perindustrian minyak dan gas di Kerteh Terenganu, berdekatan dengan Paka.
Penduduk tempatan memberi gelaran Api Besar kerana terdapat banyak api besar yang tak pernah padam di situ. Api untuk memproses minyak dan gas. Tetapi ia bakal terpadam?
Sejak industri minyak global merudum, projek makin berkurang. Penduduk sekitarnya yang rata-rata bekerja dalam industri minyak dan gas paling terkesan.
Projek tiada maka mereka tiada kerja. Ia diburukkan lagi tindakan kerajaan memindahkan banyak projek ke Pengerang, Johor, untuk memusatkan kawasan minyak dan gas di Pengerang, menurut mereka.
Semakin sukar untuk penduduk tempatan mendapat pekerjaan. Ada di kalangan mereka terpaksa memilih untuk berhijrah dan bekerja di Pengerang.
Ada yang ke Port Dickson malah ke luar negara. Ramai yang tinggalkan anak bini di kampung, kerana kesukaran membawa mereka bersama.
Kadar pengangguran yang tinggi menyukarkan kehidupan rakyat. Mengikut laporan dikeluarkan oleh akhbar yang telah terkubur akibat tindakan zalim kerajaan memerintah, The Malaysia Insider, kos sara hidup di kawasan Paka adalah antara yang tertinggi di Malaysia.
Ini disebabkan Paka dan sekitarnya merupakan kawasan minyak. Penduduknya dilimpahi dengan kemewahan industri minyak dan gas.
Kini industri telah suram, penduduk tiada pekerjaan, tetapi harga barang tidak pula menunjukkan penurunan.
Mengharapkan wakil rakyat yang dilantik mereka sewaktu pilihan raya lebih menyakitkan hati. Selera rakyat tempatan di sini memilih lebih kepada serban berbanding kebolehan.
Wakil rakyat di sini hidup bersama rakyat, berpakaian, berumah sama seperti rakyat. Mereka benar-benar berjiwa rakyat.
Namun kemahiran mereka lebih kepada menjadi imam solat, khatib khutbah dan mengepalai majlis agama. Ini bukanlah ciri yang teruk, malah dituntut kepada semua pemimpin.
Akan tetapi yang lebih diperlukan ialah yang boleh menyelesaikan masalah rakyat. Yang mampu mencipta dan menambah peluang kerja rakyat.
Bagaimana rakyat mahu khusyuk solat jika kepala diserabutkan dengan tiada duit membeli makanan untuk anak bini?
Akhirnya perjalanan sampai ke destinasi yang dituju, sebuah pejabat kecil tetapi cantik di Gong Badak Terengganu – tempat bakal berlangsungnya Jelajah Dialog Hati ke Hati bersama rakyat Terengganu anjuran PKR.
Jelajah dialog ini dirancang menjajah seluruh ceruk negara. Peluang untuk rakyat meluah perasaan.
Apa guna jika perdana menteri umumkan ekonomi baik, tetapi petani masih hidup dalam kemiskinan, nelayan masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
“Negeri Terengganu terlalu bergantung kepada hasil minyak, mesti wujudkan industri baru yang boleh memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.
“Di samping kerajaan perlu mewujudkan satu unemployment benefit yang bukan bersumber dari cukai baru, untuk melindungi pekerja, terutama sektor minyak dan gas,” kata Rafizi Ramli bila disoal berkaitan pengangguran pekerja minyak dan gas.
Negeri Terengganu sudah cukup bertuah kerana dikurniakan minyak. Yang diperlukan ialah pemimpin yang cekap memerintah.
Ketika pemimpin sibuk bercakaran di parlimen, ketika pemimpin sibuk mempermainkan isu agama dan bangsa untuk kepentingan diri, ktika ada pemimpin tidak berhati perut merembat RM2.6 bilion duit rakyat, dakyat di Kerteh, Paka dan sekitarnya masih pening bagaimana nak teruskan hidup kerana tiada peluang kerja.
Api besar bakal terpadam selamanya?
- Ahmad Firdaus Mohd
Perusahaan kami adalah organisasi hukum, yang telah diciptakan untuk membantu orang-orang yang membutuhkan bantuan, misalnya bantuan keuangan untuk mendorong stabilitas keuangan moneter global dan pertumbuhan ekonomi dengan cara mengurangi tekanan keuangan. Jadi jika Anda atau Anda berada dalam kesulitan keuangan atau dalam krisis keuangan dan Anda memerlukan uang untuk memulai bisnis Anda sendiri, atau memerlukan pinjaman untuk melunasi hutang atau membayar tagihan, mulailah dengan baik, atau Kesulitan mendapatkan lebih banyak pinjaman dari bank lokal, Hubungi kami via Email: carlylefinancialsolutions@gmail.com
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
ADAKAH ANDA MASIH TERTANYA-TANYA DI MANA UNTUK MENDAPATKAN PINJAMAN TULEN???
ReplyDeleteDi mana dan bagaimana untuk mencari syarikat yang tulen untuk mendapatkan pinjaman kekal satu cabaran besar kerana terdapat begitu banyak pemberi pinjaman palsu dalam talian. Saya juga mempunyai ketakutan dan saya ditipu oleh pemberi pinjaman palsu pada masa lalu sehingga rakan saya memperkenalkan saya kepada Syarikat yang tulen yang dipanggil pinjaman Imperial. Tetapi di sini adalah penyelesaian. Pada mulanya saya fikir ia adalah semua jenaka sehingga saya menerima mesej daripada Bank saya selepas 3 hari menghantar permohonan saya bahawa wang itu benar-benar dipindahkan ke akaun bank saya. Saya terkejut untuk mendapatkan pinjaman tanpa tekanan. Tiada kos tersembunyi, tiada cagaran yang diperlukan, tiada kertas kerja yang terlalu banyak. Jika anda ingin mendapatkan pinjaman tulen, hubungi e-mel mereka dengan segera (imperialincorporated1@gmail.com) saya berkongsi maklumat ini di sini kerana saya tidak boleh menyimpannya kepada diri saya sendiri. Saya berjanji anda, anda akan kembali ke sini untuk memberitahu kesaksian anda sendiri dan berterima kasih kepada saya kemudian. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman segera, hubungi mereka sekarang dan anda akan gembira anda lakukan. Anda boleh menghubungi saya e-mel jika anda memerlukan maklumat lanjut daripada saya bagaimana untuk mendapatkan pinjaman daripada mereka melalui dendisetiewan@gmail.com