`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 18, 2022

7 tahun jadikan 2 anak ‘hamba seks’, bapa akhirnya diberkas

 

Kedua-dua mangsa mendiamkan diri kerana bimbang ibu mereka akan diceraikan dan hilang tempat bergantung. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Seorang lelaki bukan saja tergamak menjadikan dua anaknya sebagai “hamba seks” sejak tujuh tahun lalu, malah mengugut bunuh isterinya dengan pisau jika perbuatan terkutuk itu dilapor kepada polis.

Bagaimanapun, suspek berusia 50-an diberkas selepas isterinya membuat laporan di Balai Aeropolis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, 8 Sept lalu, walaupun kejadian itu berlaku dalam daerah Melaka Tengah pada 5 Sept.

Kosmo melaporkan, kejadian itu disedari wanita berkenaan selepas ternampak suspek masuk ke dalam bilik tidur anak keduanya yang berusia 15 tahun, sebelum menyergahnya.

“Dia yang cemas perbuatannya terbongkar telah mengambil sebilah pisau dan mengugut akan membunuh wanita tersebut serta anak ketiga mereka berusia sembilan tahun sekiranya dilaporkan kepada polis.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Wanita terbabit telah menghubungi anak sulungnya berusia 19 tahun yang belajar di Selangor dan turut diberitahu menjadi mangsa hamba seks bapanya dari 2015 hingga 2019.”

Susulan laporan itu, suspek ditahan pada 9 Sept dan direman selama 14 hari bermula 10 hingga 23 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai telah merogol anak keduanya itu sejak 2019 dengan kejadian terakhir berlaku pada 5 Sept lalu.

“Kedua-dua anaknya mendiamkan diri kerana bimbang ibu mereka akan diceraikan dan hilang tempat bergantung.

“Siasatan juga mendapati remaja berusia 15 tahun itu dirogol antara lima hingga lapan kali setiap bulan sejak 2019, manakala kakaknya pula dipaksa melayan nafsu seks sejak berusia 12 tahun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan kejadian, namun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, esok, mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tidak kurang lapan tahun sehingga 30 tahun serta sebat tidak kurang daripada 10 sebatan jika disabit kesalahan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.