`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 11, 2022

Amanah sasar tanding 40 kerusi Parlimen, kata Salahuddin

 

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, berkata berbanding pada pilihan raya umum sebelum ini, parti berkenaan hanya bertanding di 27 kerusi Parlimen sahaja.

PETALING JAYA: Amanah mensasarkan bertanding di 40 kerusi Parlimen, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan pertambahan 13 berbanding 27 kerusi sebelum ini, kata timbalan presidennya, Salahuddin Ayub.

Katanya, Amanah akan meletakkan calon di semua kawasan sama ada di bandar dan kawasan luar bandar.

“Kita tidak memilih kawasan tertentu sahaja, Amanah bertanding di semua kawasan. Untuk masa depan Amanah kita mesti bertanding di semua kawasan, ada kawasan majoriti dan kawasan campuran, kita akan letakkan calon.

“Pemilihan senarai calon Amanah akan meneliti semua aspek dan latar belakang mereka termasuk biodata serta rekod,” katanya menurut Berita Harian.

Salahuddin berkata, senarai calon akan dimuktamadkan pada hujung bulan ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.