`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, September 20, 2022

Elaun buku pelajar tajaan Petronas naik kepada RM1,500, tambahan RM500 pelajar di luar negara

 

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata penerima tajaan Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) melibatkan 2,267 orang.

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan kenaikan elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar tajaan Petronas di dalam negara berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata tajaan itu turut diperluaskan kepada pelajar di luar negara dengan tambahan RM500 bagi seorang pelajar.

Beliau turut mengumumkan tambahan elaun induksi (onboarding allowance) daripada RM4,500 kepada RM5,000 kepada pelajar yang baru menerima penajaan pendidikan Petronas.

Katanya, penerima tajaan itu melibatkan 2,267 orang.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Kenaikan kedua-dua elaun ini mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi dan bantuan ini diharap dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap merasmikan majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) 2022.

Ismail turut mengingatkan pelajar tajaan Petronas supaya tidak mensia-siakan peluang diberikan dan kembali menyumbang kepada negara.

Beliau berkata kumpulan pelajar tahun ini juga merupakan kumpulan istimewa kerana mengikuti pembelajaran sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Jika diimbas kembali ketika seluruh dunia termasuk Malaysia dilanda pandemik Covid-19, lanskap pendidikan negara ternyata berubah sama sekali dengan mengadaptasi teknologi melalui kelas secara dalam talian.

“Kaedah pembelajaran ini, ternyata bukan mudah tetapi anda berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia,” katanya.

Seramai 600 orang penerima program PESP pada tahun ini melibatkan peruntukan keseluruhan RM340 juta, tajaan tertinggi sejak program itu diperkenalkan pada 1975. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.