`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 1, 2022

Jika Semua Khalifah Dan Pemerintahan Islam Korup Habis Apa Guna Puak Lebai Yang Sepatutnya Menjadi Bahtera Dan Bejana Pembawa Islam?

 Yang berikut ini adalah sambungan link kepada video YouTube Dr Maza memberi ucapan khutbah baru ini :   https://youtu.be/5_3batXHo4A

Siapa minat bolehlah mendengar video itu.

Dalam video itu  Dr Maza menyentuh dua perkara : Yang pertama berkenaan penjajah dan sejarah penjajahan. Yang kedua ialah rasuah dan korupsi   di kalangan masyarakat dan negara Islam daripada zaman silam sehingga masa kini.

Saya akan mengulas sedikit kedua perkara ini.

1. Korupsi dalam sejarah Islam : Memang sudah menjadi fakta sejarah bahawa khilafatul Islam zaman silam seperti Muawiyah, Abbasiyah, Mamluk dan Uthmaniyah tidak bebas daripada rasuah, salahguna kuasa, korupsi dan koruptor. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 Khalifah Uthmaniyah yang berpusat di Turki sudah menjadi begitu lemah dan tidak mampu menjaga kedaulatan wilayah pentadbirannya.  Sesiapa yang minat boleh Google sahaja "Corruption in the Ottoman Caliphate" dan kaji sendiri catatan oleh pelbagai penulis mengenai korupsi dan salahguna kuasa yang menghancurkan khalifah Othmaniyah.  Serupa juga dengan pemerintahan khalifah yang lain.

Begitu juga di negara-negara Islam zaman sekarang. Rasuah dan salahguna kuasa menjadi trademark masyarakat Islam seluruh dunia. Di beberapa negara Arab islam rasuah dan salahguna kuasa sudah sebati dan tidak dapat dipisahkan daripada sistem Kerajaan mereka yang lazimnya dikuasai oleh satu keluarga sahaja. Arab Saudi, Kuwait, Oman, Abu Dhabi, Dubai, Sharjah, Fujayrah  masing-masing dikuasai oleh satu keluarga diraja sahaja yang control semua harta minyak negara itu. Sesiapa yang berani menyoal atau mencabar kuasa mereka boleh didera, dipenjara ataupun dibunuh. Segala hasil kekayaan minyak dimasukkan ke dalam akaun yang di bawah jagaan peribadi raja atau emir. Di rantau kita pun terdapat sebuah negara Islam di mana semua kekayaan minyak negara itu dikira sebagai hak peribadi raja. 

Di negara lain pula seperti Malaysia, Britain dan Norway jika hasil minyak dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri, maka itu dianggap rasuah,  mencuri atau salahguna kuasa.

Soalan besar ialah apakah peranan puak-puak agama, ataupun puak-puak lebai selama lebih 1000 tahun yang gagal mendidik umat Islam ke jalan yang lurus? Puak-puak agama suka duduk dalam bakul dan angkat diri mereka sebagai "pewaris nabi", sebagai bahtera dan bejana penyimpan dan pembawa ajaran agama dsbnya. 

Di banyak negara Islam (termasuk negara kita) umum tidak dibenarkan berbincang atau bercakap berkenaan agama tanpa "surat tauliah" daripada pihak berkuasa agama. Maksudnya agama itu dikawal begitu ketat dan hanya orang yang sealiran dan sebulu diberi tauliah. 

Walaupun demikian, negara islam dan masyarakat Islam terjebak teruk dalam amalan rasuah dan salahguna kuasa.

Dalam negara kita boss parti lebai langsung tidak segan mengaku menerima duit berpuluh juta daripada perdana menteri perasuah yang telah mencuri duit rakyat berbillion Ringgit. Its ok. No problem. Serupa juga lebai Salafi-Wahabi di Arab Saudi yang telah pun dibeli oleh keluarga Al Saud dengan upah yang lumayan dan jawatan tinggi.

Lebai lain pula boleh baca dan amin-kan doa dalam masjid untuk melepaskan bekas perdana menteri perasuah daripada dijatuh hukuman.   

Lebai pemimpin sembahyang pula boleh imam-kan sembahyang hajat untuk tujuan yang sama - untuk dilepaskan bekas perdana menteri perasuah daripada dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah atas kesalahan mencuri berbillion duit rakyat. 

Jadi apa sudah jadi kepada uswatan hasanah atau contoh yang baik yang patut ditonjol oleh puak-puak lebai? 

Pepatah Melayu kata "kalau guru kencing berdiri anak murid akan kencing berlari'.

Saya pula kata 'kalau puak lebai kencing berdiri, maka pengikut mereka akan kencing lari berganti'.

Saya juga hairan kenapa dalam hukum hudud itu tidak ada kesalahan rasuah? Pada hal ayat Quran menjelaskan kesalahan rasuah:

Al Baqarah 188


Baqarah 188 : Dan janganlah kamu makan harta (orang) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan sebahagian dari harta manusia dengan secara berdosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Jadi al Quran sangat jelas. Jangan cuba merasuahkan orang dengan tujuan hendak makan harta orang lain. 

Tetapi sebaliknya kesalahan rasuah termasuk ta'zir pula? Tetapi ta'zir itu bukan hukum hudud.

Maka kita dengar lah lebai songsang yang membuat video yang mencadangkan bahawa oleh kerana hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas bekas perdana menteri perasuah itu adalah ta'zir dan bukan hudud maka YDP Agong boleh mengampunkan kesalahan perdana menteri perasuah itu. 

Maka saya pun tidak hairan lah bahawa sejak zaman silam lagi negara Islam dan masyarakat Islam tidak terlepas gejala rasuah dan salahguna kuasa oleh pemimpin mereka. Sebab pemimpin perasuah pun mempunyai puak-puak lebai yang sanggup menerima duit dari mereka, mengamin-kan doa bagi mereka, imam-kan sembahyang hajat untuk melepaskan mereka daripada hukuman dan juga membuat 'kenyataan' bahawa kesalahan mencuri (oleh pemimpin) itu patut diampunkan. 

Jika inilah pendekatan puak lebai (yang ramai juga) terhadap rasuah maka apa lagi kita nak hairan dengan hakikat bahawa tamaddun Islam sudah collapse sejak berapa abad dan kurun.

2. Apakah kesemua perbuatan penjajah itu rakus dan buruk?
 
Kita ambil contoh negara kita saja. Selama suatu tempoh yang sangat lama - lebih 100 tahun - industry getah telah menjadi penjana ekonomi utama di Malaysia (menyumbangkan hampir 50% GDP ekonomi Malaya pra Perang Dunia 2).  Pokok getah asalnya dari Brazil dan bukan dari tanah kita. British (Henry Wickham) telah memperkenalkan tanaman pokok getah dalam negara kita pada tahun 1870an dan HN Ridley telah berusaha dengan begitu fanatik untuk mengembangkan industry getah di tanah Semenanjung dan Singapura. Dengan bantuan dan dorongan HN Ridley, seorang usahawan tempatan Tan Chay Yan telah memulakan ladang getah yang pertama di Melaka pada tahun 1898 dengan keluasan 46 ekar. Kemudian Tan telah menanam 3000 ekar lagi pokok getah di Asahan.   Daripada situ maka "meletuplah" industry getah Malaya.
 
Jadi ini bukan kes penjajah mencuri harta kita. Pokok getah itu berasal dari negara Brazil. British yang membawa masuk pokok getah ke negara kita. Mereka juga mengimpot ramai pekerja India dan Cina untuk bekerja di ladang getah sebab sosio-ekonomi orang Melayu tidak mendorong mereka bekerja di ladang getah. Orang Melayu mempunyai tanah dan harta kepunyaan mereka sendiri.
 
Dan British telah membuka ratusan ribu ekar tanah hutan untuk ditanam dengan pokok getah. Walaupun mereka mengambil tanah itu tetapi sebelumnya kebanyakan tanah itu adalah hutan dan tidak diusahakan ke tahap mana pun.
 
Dan British telah melaburkan banyak duit mereka untuk membangunkan industry getah. Apabila industry getah maju ia perlukan pembinaan jalan, pelabuhan dan kilang proses getah. Semua ini memerlukan pelaburan dana juga oleh British untuk mewujudkan infrastruktur sokongan, termasuk bekalan api dan air.
 
Maka tanah Semenanjung pun membangun dengan terdirinya pekan dan bandar-bandar yang tidak pernah wujud sebelum itu.   Sekolah, hospital, balai polis, stesen keretapi, landasan keretapi semua menjadi sebahagian daripada ecosystem moden tanah Semenanjung.   Tentu sekali British mengaut keuntungan besar dari tanah jajahan mereka di Malaya tetapi sebelum mereka boleh untung, mereka terpaksa melabur banyak tenaga, masa dan dana untuk membangunkan negara kita. Mereka juga telah mengurus ekonomi tanah Semenanjung dengan baik.

British juga telah membuka banyak lombong bijeh timah dan mengaut keuntungan besar daripada bijeh timah.  Mereka eksploitasi kekayaan sumber asli kita.  Bijeh timah bukan dibawa masuk dari Brazil. Tetapi sekali lagi industri bijeh timah juga memerlukan pelaburan dana yang besar oleh British sebelum mereka mendapat pulangan yang besar. Kadangkala lombong bijeh rugi dan terpaksa ditutup.  Akhir sekali pada tahun 1980an industri bijeh timah akhiri hayatnya disebabkan kemunculan aluminium sebagai logam yang digunakan untuk membuat tin minuman dan tin bekas makanan.

Apabila kita merdeka kita mengambil alih segala pembangunan infrastruktur yang dibuat oleh British tanpa perlu membayar sebarang pampasan.  Kita mengambil alih pelabuhan Pulau Pinang, Port Swettenham (Pelabuhan Kelang), lapangan terbang dari Alor Setar ke Johor Bahru, sekolah, hospital, balai polis, stesen keretapi, landasan keretapi, jalanraya dan segalanya daripada British. Termasuk bekalan api dan air. Dan pada zaman sebelum Merdeka dan pasca Merdeka kita boleh minum air paip secara terus tanpa perlu memasang water filter ataupun memasak air itu dulu. 
 
British juga telah meninggalkan sistem Polis, Bomba, askar, tentera laut dan udara, sistem pendidikan dan kesihatan, sistem mahkamah, penghakiman dan sistem undang-undang yang masih digunapakai dalam negara kita dengan begitu successful sehingga hari ini.  

Kita juga perlu faham bahawa sewaktu penjajahan British, sangat sedikit orang British kulit putih yang terkenal sebagai jutawan kaya raya. Kebanyakan British yang famous adalah pegawai Kerajaan seperti JWW Birch, Frank Swettenham, HN Ridley, General Templer, Hugh Low, Richard Winstedt, William Cameron (Cameron Highlands)  yang semunya adalah pegawai Kerajaan British. Orang Pulau Pinang kenali keluarga Sarkies yang telah mewujudkan E&O Hotel di Pulau Pinang tetapi Sarkies brothers itu bangsa Armenia dan bukan British. Walaupun E&O Hotel jadi famous tetapi bukanlah ke tahap menjadi millionaire dan billionaire seperti sekarang.
 
Begitu juga dengan Kelly's Castle di Batu Gajah. William Kellie adalah seorang taukeh ladang getah yang berjaya juga tetapi bukanlah jutawan kaya raya tahap antarabangsa.
 
Golongan kaya raya super rich di tanah Semenanjung pada masa itu adalah usahawan tempatan Cina dan India seperti Tan Tock Seng, Loke Yew, Eu Tong Sen, Liong Sin Nam dan kaum Chettiar. Termasuk juga keluarga Arab kaya raya Syed Alsagoff   di Johor.  Ramai daripada mereka ini adalah super rich dan lebih kaya daripada penjajah kulit putih British.
 
Apa yang patut menarik perhatian kita ialah sewaktu penjajahan British kita jarang mendengar kes rasuah melibatkan pegawai Kerajaan British. Bukan saja British tetapi pegawai Polis, Kastam, Imigresen dan sebagainya pada zaman itu semuanya jarang terlibat rasuah.  Tetapi itu zaman penjajah. Kita belum merdeka lagi.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.