`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 23, 2022

PRU15: Gerakan mahu Sungai Petani, Alor Setar, 5 DUN di Kedah

 

Presiden Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai berkata semua kerusi Parlimen dan DUN yang akan ditandingi dibawa ke peringkat Pusat perbincangan serta rundingan dengan parti komponen PN.

PETALING JAYA: Rundingan berhubung agihan kerusi antara komponen Perikatan Nasional (PN) belum selesai namun Gerakan telah “menempah” untuk bertanding di dua kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Dua kerusi Parlimen tersebut ialah Alor Setar dan Sungai Petani selain lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu, Kota Darul Aman, Derga, Sidam, Bakar Arang dan Lunas.

Presiden Gerakan Dominic Lau Hoe Chai, berkata semua kerusi berkenaan akan dibawa ke peringkat pusat perbincangan serta rundingan dengan parti komponen PN.

“Ini termasuklah analisis senarai kerusi serta calon yang dicadangkan untuk dibawa ke peringkat PN dan dipertimbangkan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku pertindihan antara parti komponen susulan PAS juga berhasrat bertanding di Alor Setar, Dominic berkata, isu berkenaan akan diputuskan dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan kesepakatan dalam gabungan itu.

“Kita katakan memang ada pertindihan antara permintaan komponen PN untuk bertanding di kawasan itu, namun pertindihan itu daripada sudut positif adalah kita ada banyak calon untuk bertanding.

“Calon yang dicadangkan oleh parti komponen itu mesti dipertimbang mengikut dua faktor penting iaitu parti dan calon itu dari segi sokongan jentera dan calon mana yang boleh menang dengan peratusan lebih tinggi. Kedua-dua itu mesti dibuat pertimbangan,” katanya.

Jelasnya, jentera parti komited untuk memastikan kemenangan PN dengan mengulangi kecemerlangan pada PRN Melaka dan Johor yang meraih banyak undi walaupun tidak memenangi banyak kerusi.

Sementara itu, mengenai rundingan kerusi antara parti dalam PN, katanya, Gerakan yakin ia akan diselesaikan sebelum pembubaran Parlimen nanti.

“Arahan diberikan PN di peringkat Pusat kepada semua komponen bahawa senarai calon bertanding harus diberikan, namun kita berharap perbincangan di peringkat PN negeri diselesaikan dahulu.

“Sebelum PRU15 kita yakin akan selesai semua masalah ini termasuk isu pertindihan kerana kesudahannya kita hanya ada satu calon dan satu kawasan,” katanya.

Pada PRU14, ketika Gerakan dalam komponen Barisan Nasional (BN), parti itu hanya bertanding di DUN iaitu Derga dan Sidam namun kalah di kedua-dua kawasan berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.