`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 23, 2022

Tuntutan palsu RM27 juta program digital, seorang lagi ditahan SPRM

 

SPRM berkata, setakat ini lapan individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tuntutan palsu berjumlah lebih RM27 juta program latihan berkaitan teknologi digital.

PUTRAJAYA: Seorang lagi individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM27 juta, menjadikan jumlah lapan individu ditahan setakat ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini, 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Sumber berkata, lelaki itu kini direman tiga hari hingga Isnin ini selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Tan Kang Sai mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Pada Rabu, lima individu direman tiga hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah agensi kerajaan bagi program latihan berkaitan teknologi digital sedangkan latihan berkenaan tidak dilaksanakan.

Dua lagi individu iaitu bekas pengurus kanan sebuah agensi kerajaan dan pemilik syarikat berkaitan digital pula ditahan reman selama dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes itu.

Kes tersebut dipercayai melibatkan dua buah syarikat yang telah dibayar tuntutan masing-masing berjumlah lebih RM19 juta dan lebih RM7 juta bagi menjalankan program latihan dari tahun 2016 hingga 2020. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.