`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 23, 2022

Warisan sedia bertembung Muda di Semporna, kata Shafie Apdal

 

Mohd Shafie Apdal berkata Warisan tidak mempunyai masalah untuk berdepan parti lawan mahupun kawan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

PETALING JAYA: Warisan sesekali tidak akan berganjak dan bersedia untuk bertembung dengan Muda selepas parti itu melebarkan sayap di Semporna, Julai lalu.

Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal berkata, Warisan tidak mempunyai masalah untuk berdepan parti lawan mahupun kawan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Kita (Warisan) tidak boleh menghalang mereka (Muda) ke mana-mana yang mereka nak (mahu) kan…yang tu kehendak parti mereka, kebebasan mereka dalam negara kita,” katanya menerusi video di Astro Awani.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Semporna itu meluahkan kebimbangan dengan kemunculan pelbagai parti yang bukan sahaja atas landasan umur tetapi bangsa dan agama.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau turut memberi contoh beberapa negara barat serta Jepun, Singapura dan Indonesia yang mana parti ditubuhkan bukan atas landasan kaum, agama, umur dan lain-lain.

Sebaliknya, Shafie berkata, kebanyakan parti di negara tersebut lebih kepada membela rakyat selain mewujudkan peluang pekerjaan dari segi ekonomi, kesihatan dan keselamatan.

Pada 1 Julai, Muda meluaskan pengaruhnya ke Sabah terutama di Semporna dalam usaha menguatkan sokongan rakyat di negeri itu.

Sehingga kini, Muda mempunyai lebih 200 ahli di Semporna, sekali gus menyaksikan parti yang baharu ditubuhkan dua tahun lalu mendapat tempat di pantai timur Sabah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.