`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, September 17, 2022

Zahid harap PM dapat ilham tarikh PRU sebaik pulang mesyuarat PBB

 

Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi berucap sempena pelancaran jentera Pemuda BN 2022.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi berharap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendapat ilham mengenai tarikh terbaik pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebaik kembali daripada mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) minggu depan.

“Saya mempunyai keyakinan terhadap PM beliau akan ke mesyuarat PBB tidak lama lagi…kita doakan beliau pergi dan balik dengan selamat carilah ilham tarikh PRU,” katanya ketika berucap sempena pelancaran jentera Pemuda BN 2022.

Ismail dijangka mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat PBB di New York, Amerika Syarikat Selasa ini.

Zahid yang juga presiden Umno turut meminta Ismail menyaksikan laungan “bubar” oleh anak muda BN yang mahu PRU diadakan segera.

“Jangan tunggu sesaat pun nak adakan PRU…PM isyarat cukup jelas dan nyata, inilah masanya.

“Kita ‘top 5’ dah adakan mesyuarat beberapa kali tetapi tarikh (PRU) belum ditentukan lagi, BN jangan bincang lagi, cepat jangan tunggu lagi!,” tegasnya.

Lebih 10,000 menghadiri pelancaran jentera Pemuda BN 2022 di Stadium Titiwangsa, hari ini.

“Jangan tanya penghasut-penghasut yang telah bekerja keras, jangan tunggu kebencian terus menumbang kita, jangan tunggu bahawa isu yang ada pada mereka terus dihebahkan. Jangan tunggu lama nanti diambil orang.”

Bercakap di depan lebih 10,000 perwakilan pemuda BN, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menegaskan hubungan beliau dengan Ismail tetap “mesra” dan teguh walaupun terdapat “cakap-cakap” mengenai hubungan dingin antara mereka.

“Jangan risau…’chemistry’ saya dengan beliau tetap teguh…ribuan pemilihan Umno kami rentasi, dalam berpandukan citra kita tidak ada masalah peribadi asalkan PRU diadakan tahun ini,” katanya.

Di penghujung ucapan, Zahid mencabar Ismail supaya berdiri di depan ribuan anak muda BN bagi mendengar kehendak mereka yang mahu PRU diadakan segera.

“Ada yang suruh? Ada orang bagi duit? (laung bubar) PM ini organik…makin kuat kita tepuk makin cepat PM umumkan PRU.

“Siapa setuju PM berdiri atas pentas untuk dengar suara Pemuda BN? Kita silakan PM berdiri di atas pentas,” kata Zahid yang turut disambut tepukan gemuruh pemuda BN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.