`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, September 17, 2022

Dedah segera hasil siasatan buku Thomas, desak Pemuda Umno

 

Pemuda Umno desak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat Tommy Thomas berhubung isu dibangkitkan dalam bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menggesa supaya hasil siasatan pasukan khas terhadap buku bekas peguam negara, Tommy Thomas didedahkan segera.

“Perlu kita dedahkan segera hasil siasatan pasukan khas yang menyiasat kandungan yang ditulis dalam buku Tommy Thomas. Ini bertentangan dengan Perlembagaan negara.

“Mereka tidak boleh melantik hakim berdasarkan kehendak mereka sahaja, kita ada Suruhanjaya Perlantikan Hakim yang khususnya.” katanya ketika menghadiri pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional di Stadium Titiwangsa.

Beliau berkata, Tommy sendiri mendedahkan bagaimana beliau dengan Dr Mahathir boleh mencatur siapa yang menjadi hakim.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Ini sesuatu pengkhianatan..yang dikatakan mencalar sistem mahkamah dan institusi kehakiman negara. Bukan kita, tetapi mereka.

“Sebab itu kita tidak boleh bagi mereka menaikkan pemimpin mereka yang mempunyai kes dalam mahkamah seperti kes rasuah tetapi boleh ditarik mahupun dibebaskan macam ini,” tambahnya.

Terdahulu, Asyraf mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat Thomas berhubung isu dibangkitkan dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”.

Katanya, terdapat tujuh asas bagi mewajarkan penubuhan RCI termasuk isu penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan hakim. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.