`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 13, 2023

Menu Rahmah Kurang Berhemat. Juga Bahaya Besar-Nya

 Menteri yang cakap pasal Menu Rahmah ini jelas tak faham kos perniagaan, apa itu bisnes, tak faham ekonomi dan tak faham kewangan.

Di sini ada sedikit ulasan berkenaan Menu Rahmah oleh tokoh perniagaan dan orang yang lebih arif akan ekonomi dan kos perniagaan.

Yang pertama sekali Datuk Ameer Ali Mydin, managing director Mydin Hypermarket:

 

Datuk Ameer Ali Mydin (above) 

 

Datuk Ameer : Menu Rahmah won’t last 3 months if costs go up
Mydin can only afford to keep prices of meals low for first three months.
Things could change depending on prices of raw ingredients, he said
smaller stalls face higher risk of cost overruns, may not be able to sustain 
some suggested Menu Rahmah half-baked 
  • shaky public confidence in gomen, poor management of economy
  • Around 12,000 premises offered Menu Rahmah
  • Malaysian Indian Restaurant Owners Association
  • Malaysian Muslim Restaurant Owners Association
  • Malaysia Singapore Coffee Shop Association
  • Mydin supermarket outlets nationwide

 

Yang berikut pula sedikit ulasan oleh Sdr Norman Fernandez:

 


Remember Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) in 2011
offering meals ranging from RM2 to RM5
only survived one year, rising prices of raw materials
most restaurants could not afford cheap set meals  
Menu Rahmah will end same way
cost of meals (rice, vege, fried chicken RM5.68)
Plus water, electricity, energy, gas, oil, manpower
prices differ in terms of location, ingredients, rental

My Comments :  

Sewaktu Ferdinand Marcos menjadi diktator Filipina dulu dia pun tidak tahu apakah cara baik untuk majukan rakyat dan membangunkan ekonomi Filipina.

Untuk "melawan" kos sara hidup yang makin meningkat Marcos ambil pendekatan 'rule by decree'. Maksudnya membuat ikut suka hati "perintah" presiden.

Contohnya sewaktu Marcos  melawat kampong asalnya di Ilocos Norte dia isytiharkan 'I decree the people here do not need to pay electricity bills'. Maka penduduk kawasan itu pun tidak bayar lagi bil letrik mereka. Problem solved.

Di Malaysia pula para Menteri cuba mentadbir negara secara 'kun paya-kun'. (Be and it is!).

Contohnya mereka kun-paya-kunkan harga Menu Rahmah RM5.00 sahaja.

Sepertimana kita boleh membaca di atas Menu Rahmah ini tidak realistik dan tidak praktikal. Dan seperti Menu Rakyat 1Malaysia (MRIM) tahun 2011 dulu ianya tidak boleh kekal.  

Bila harga telur, harga ayam, harga sayur semuanya naik tanpa henti amat mustahil bagi restoran menyediakan makanan dengan harga murah RM5.00 yang ditetapkan oleh ahli politik yang tidak faham apa pun berkenaan apa pun. 

 


Memerintah negara ikut style 'kun-paya-kun' tidak akan ke mana. 

Satu lagi bahaya besar Menu Rahmah ialah peniaga kecil dan warong makanan boleh mengalami kerugian besar bukan saja sebab kos bahan makanan adalah tinggi dan kian meningkat tetapi yang lebih mengancam mereka adalah persaingan hebat daripada restoran yang juga menyediakan Menu Rahmah RM5.00 itu.

Ikut berita di atas 12,000 restoran menyertai program Menu Rahmah.

Around 12,000 premises offered Menu Rahmah

Berbanding warong tepi jalan dan warong tepi longkang yang lazimnya kurang bersih dan kurang selesa orang ramai akan lebih minat bayar RM5.00 untuk Menu Rahmah  di restoran mamak dan restoran India yang jauh lebih bersih, dengan kerusi meja yang selesa, dengan kipas angin serta TV LCD untuk menonton bola. 

Untuk perbelanjaan RM5.00 yang sama, warong tepi jalan bakal tewas untuk menarik pelanggan Menu Rahmah. 

Menu Rahmah ini bakal menjadikan teh-o kosong berkocak dalam cawan.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.