`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 15, 2023

Manfaat KWSP bantu biayai kos perubatan, kata ahli parlimen

 

Teresa Kok berkata kerajaan menanggung beban dan tidak mampu lagi menampung peningkatan kos perubatan semakin tinggi.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menyarankan kerajaan memanfaatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membiayai kos perubatan yang tinggi.

Cadangan itu dikemukakan susulan beliau melihat beban kerajaan yang tidak dapat menampung peningkatan kos perubatan yang semakin tinggi.

“Mungkin boleh bincang dengan KWSP dan Kementerian Kewangan untuk diadakan potongan 2% atau 3% untuk insurans kepada semua membayar caruman.

“Wang ini sebenarnya boleh disalurkan kepada KKM untuk membiayai kos perkhidmatan perubatan yang semakin tinggi,” katanya di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, selaras dengan tonggak ketiga Kertas Putih Kesihatan iaitu memastikan pembiayaan kesihatan mampan dan saksama kerajaan akan berusaha mengembleng pelbagai sumber pembiayaan kesihatan agar ia lebih efisien dan berkesan.

Terdahulu, Zaliha ketika membentangkan dokumen itu berkata, ia menggariskan status semasa, jurang dan kekangan dihadapi sistem kesihatan negara dan penyelesaian bersifat struktural, sistemik merangkumi reformasi penyampaian perkhidmatan, pembiayaan serta tadbir urus secara berfasa dalam tempoh 15 tahun.

Kertas Putih Kesihatan turut memperincikan langkah reformasi sistem kesihatan yang teliti merangkumi fasa jangka pendek iaitu tahun pertama bermula pada 2024, jangka sederhana mulai 2029 dan jangka panjang dari 2034 hingga 2039. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.