`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Thursday, August 6, 2026

Pasukan khas tangani ketirisan hasil pelabuhan masih dibincang

 SPRM dan JKDM belum mencapai persetujuan mengenai bentuk kerjasama serta pelaksanaan pasukan itu.

generic port ship container
SPRM dan JKDM sebelum ini cadang menubuhkan pasukan petugas khas menangani ketirisan hasil negara di pelabuhan. (Gambar Envato Elements)
PETALING JAYA:
Cadangan penubuhan pasukan petugas bersama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menangani ketirisan hasil negara di pelabuhan masih belum dimuktamadkan.

JKDM berkata perbincangan antara kedua-dua agensi masih berjalan dan butiran lanjut mengenai kerjasama berkenaan akan diumumkan selepas persetujuan dicapai.

“Perkara ini masih dalam perbincangan antara kedua-dua agensi.

“Maklumat rasmi akan dikongsikan dengan pihak media selepas ia dimuktamadkan,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman pada 15 Julai lalu dipetik berkata cadangan untuk menubuhkan pasukan petugas khas itu telah dibincangkan dengan rakan sejawatnya dari JKDM, Amran Ahmad.

Turut dibincangkan cabaran khususnya berkaitan urusan pemeriksaan kastam, selain membincangkan kerenah birokrasi dan pelbagai isu domestik dihadapi JKDM.

Amran pula berkongsi maklumat mengenai taktik sindiket yang mengelak pembayaran cukai, termasuk kegiatan penyeludupan serta pemalsuan maklumat atau dokumen bagi mendapatkan kelulusan bawah kategori berbeza.

Perkembangan itu menyusul ketika pemain industri membangkitkan isu tadbir urus di pelabuhan terutama berhubung dakwaan percanggahan antara bil muatan dan pergerakan fizikal kargo petroleum. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.