JPN P Pinang berkata, tindakan diambil sejurus dapat aduan waris agar siasatan dapat dijalankan secara teratur.

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) memaklumkan tindakan itu diambil sejurus menerima aduan waris murid tersebut bagi memastikan siasatan dijalankan secara teratur tanpa menjejaskan kebajikan murid dan persekitaran sekolah.
“PPD kini menjalankan siasatan dengan mendapatkan keterangan pihak berkaitan serta meneliti bukti dan dokumen sokongan,” katanya dalam kenyataan.
“Pada masa sama, kebajikan dan kesejahteraan murid diberi keutamaan. Sokongan psikososial dan sesi kaunseling akan diberikan mengikut keperluan sepanjang tempoh ini.”
JPNPP memaklumkan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan murid.
Jabatan itu memaklumkan siasatan akan dilaksanakan secara adil berdasarkan fakta serta keterangan yang diperoleh.
“Tindakan lanjut terhadap guru itu akan ditentukan berdasarkan dapatan siasatan serta peraturan dan tatakelola yang berkuat kuasa,” katanya.
Terdahulu, Biro Pengaduan Awam Gerakan Pulau Pinang menggesa JPNPP menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan penganiayaan terhadap murid berusia sembilan tahun di sebuah sekolah jenis kebangsaan di daerah Barat Daya.
Ketua bironya, Andrew Ooi berkata, aduan diterima pada 8 Sept mendakwa murid itu mengalami lebam pada bahagian kiri belakang badan dan lengan kiri dipercayai kerana dipukul seorang guru. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.