Polis berkata Jabatan Tenaga Atom mengesahkan bahawa tiada bacaan radioaktif dikesan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata seorang wanita menghubungi polis kira-kira 12.57 tengah hari berhubung kotak mencurigakan itu, manakala siasatan awal mendapati ia mengandungi bahan radioaktif berdasarkan bacaan radiasi yang tinggi.
Katanya, Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Kuala Lumpur bersama Unit CBRE ( Unit Persenjataan Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan) Bukit Aman serta pihak Agensi Nuklear Malaysia hadir ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan penilaian lanjut.
“Unit Pemusnah Bom kemudiannya menggunakan ‘Recoilless Disruptor 5.0’ bagi memusnahkan objek yang disyaki tersebut. Hasil tindakan mendapati terdapat beberapa kotak yang disyaki mengandungi barangan berbentuk blok binaan (Lego) berwarna-warni di dalam kotak berkenaan yang berjaya dimusnahkan.
“Pemeriksaan lanjut oleh Jabatan Tenaga Atom mengesahkan bahawa tiada bacaan radioaktif dikesan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, polis membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Oriental Daily melaporkan bahawa seorang pekerja di sebuah kedai menemui kotak itu di satu sudut di luar kedai berkenaan, dan perkataan ‘bom’ tertulis pada kotak tersebut.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.