`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

31 AUGUST 2026

Monday, September 14, 2026

Raja Muda Perlis dimasyhur canselor pertama UMAM

 Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail harap UMAM terus main peranan sebagai jambatan persahabatan perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dimasyhur sebagai canselor UMAM pertama untuk tempoh 5 tahun. (Gambar Facebook)
MEDAN:
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) pertama untuk tempoh lima tahun.

Istiadat pemasyhuran di Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) menyaksikan penyerahan watikah oleh Menteri Pendidikan Dasar dan Menengah Republik Indonesia yang juga Sekretaris Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah Dr Abdul Mu’ti.

Abdul Mu’ti mewakili Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah P\Haedar Nashir pada istiadat itu.

Dalam titah sempena istiadat pemasyhuran itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap UMAM sentiasa bergerak seiring dengan peningkatan kualiti akademik, integriti penyelidikan, kebajikan mahasiswa dan pembangunan sahsiah.

Baginda bertitah kemajuan sesebuah universiti tidak hanya diukur melalui jumlah pelajar, program atau pencapaian institusi tetapi melalui kualiti lepasan universiti serta manfaat yang disumbangkan kepada masyarakat.

“Sebagai canselor, saya ingin melihat UMAM melangkah lebih jauh dan memperkukuh bidang penyelidikan yang relevan dengan keperluan semasa, memperluas jaringan antarabangsa serta membina kerjasama strategik dengan universiti Muhammadiyah dan institusi pendidikan tinggi lain di Asia Tenggara,” titah baginda.

Turut berangkat pada istiadat itu, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan harapan agar UMAM terus memainkan peranan sebagai jambatan persahabatan yang memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Baginda bertitah hubungan melalui pendidikan mempunyai kekuatan tersendiri kerana bukan sahaja menghubungkan institusi malah membina jaringan insan, pemikiran dan pengalaman yang mampu berkembang merentas generasi.

“Pada masa sama, UMAM mempunyai ruang besar untuk memperkukuh peranannya dalam agenda pendidikan tinggi Asean. Kehadiran mahasiswa dari dua negara Nusantara dan Thailand menjadi asas kukuh untuk membina komuniti akademik yang lebih luas, dinamik dan saling melengkapi,” titah baginda.

Baginda turut menzahirkan keyakinan menerusi kepimpinan berwibawa, tadbir urus kukuh serta komitmen seluruh warga universiti, UMAM mampu berkembang secara mampan dan menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi yang dihormati pada peringkat nasional dan serantau. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.