`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 10, 2013

KISAH PEGAWAI KHAS MUDA YANG PANDAI BUAT DUIT...

Siapa Pegawai Khas yang pakai kasut berharga RM3,000 sepasang?


Sebenarnya Yong bewildered (kehairanan yang amat sangat) dan ingin bertanya:
  1. Apakah attribut untuk menjadi Pegawai Khas?
  2. Apakah kelayakan akademik untuk menjawat jawatan Pegawai Khas?
  3. Apakah "dekripsi kerja" Pegawai Khas?
  4. Dalam skel Penjawat Awam JPA, Pegawai Khas ini duduk dalam skel apa?
Yong tanya ni bukan apa. Sebab Yong ada dengor, seorang Pegawai Khas bercakap besar. Katanya dia baru kerja 2 tahun sudah mampu memakai kasut bernilai RM3,000 dan memilikki kereta BMW. Yang lebih pelik usianya atas sikit dari suku abad...

Seorang kontraktor kata, kalau nak dapat tender kena jumpa pegawai Khas ini dulu...

Siapa Pegawai Khas yang nak beli bangunan untuk buat projek jutaan ringgit?

Seorang bos pangkat jusa didatangi pegawai khas yang masih muda. Pegawai Khas itu mengajak bos  yang agak betul bendul melawat di sekitar bandar. Bos itu akur. Maklumlah, ini Pegawai Khas.

Sampai di satu tempat, Pegawai Khas menunjuk kearah satu bangunan. Katanya, "Kita nak beli bangunan itu."

Bos itu terkejut. Mana nak dapat duit beli bangunan Itu? Buat apa beli bangunan itu? 

Pegawai Khas itu minta bos pangkat jusa yang betul bendul itu merangka satu kertas kerja untuk projek yang memerlukan bangunan baru. Yang lain Pegawai Khas akan uruskan.

Wow! Banyaknya kuasa Pegawai Khas!!

Bos iyakan saja. Tapi bila Pegawai Khas itu pergi, bos panggil pegawai-pegawainya bermesyuarat. Tapi semua pegawai-pegawainya tak setuju. 

"Ia akan jadi projek gajah putih." Pengawai-pegawai sebulat suara berkata.

Kertas kerja pun tak buat. Tak tahu kemana pergi Pegawai Khas itu...

SPRM sila siasat

Baguslah kalau Menteri Integriti nak buat saringan Pegawai Khas. Tapi SPRM patut siasat juga berapa dalam poket semua Pegawai Khas. Bukan Pegawai Khas Menteri saja, tapi Pegawai Khas semua Penjawat Awam Pangkat Jusa yang berkuasa membuat keputusan berkaitan budget organisasi/institusi awam.

Berita berkaitan di sini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.