`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 7, 2013

LEBIH 10 KG DALAM KAWASAN BEAUFORT TIADA BEKALAN AIR


KEBOCORAN....Paip Besar (Main Pipe) ditepi jalan belaku kebocoran walaupun telah dimaklumkan lebih 2 minggu langsung tetapi tidak diambil peduli oleh pihak Jabatan berkenaan
BEBERAPA buah Kampung antaranya di Beaufort, Kuala Penyu, Menumbuk, Taman Seri Panglima, Klias Kecil, Kg Pilajau, Kg Melabau, Kg Kakuro yang pernah dijanjikan di mana  kampung-kampung yang disebutkan itu akan dibekalkan air nampaknya tidak menjadi kenyataan bak kata orang  janji kosong seperti air di daun keladi.

Semasa kempen PRU 13 yang lalu calon yang sekarang bergelar Yang Berhormat iaitu Linus Jurih  telah melafazkan pelbagai janji manis ditaburkan kepada para pengundi di kawasan-kawasan kampung seperti yang dinyatakan. Sejak Linus menang pada PRU 13 ini perkara pertama yang wajib diselesaikan iaitu bekalan air paip yang selama ini  telah menjadi kontraversi di kalangan penduduk setempat.


KERING KONTANG...Ada paip dirumah tetapi tiada bekaan air disalurkan oleh Jabatan Air
Tetapi setelah menang dan bergelar YB mana sudah janji-janji manisnya  langsung tidak memperdulikan segala permasalan rakyat walaupun dikatakan amat kritikal.
Timbalan Ketua Cabang  Parti KeADILan Rakyat  Beaufort  Taufick Hj Ruschi   menjelaskan perkara ini kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net  melalui telefon malam tadi antara lain menjelaskan walaupun penduduk hanya menerima bekalan air tidak sampai beberapa minit  namun saban hujung bulan menerima bil yang tinggi manakala  paip hanya mengeluarkan angin sahaja.

“Sementara mereka yang   mempunyai bil air yang tertunggak walaupun peduduk-penduduk kampung terbabit  merayu namun pihak Jabatan Air langsung tidak memberi pertimbangan lantas semua bekalan air dipotong serta merta sungguh kejam kerajaan BN” jelas Taufick.
Kata Taufick punca  bekalan air terputus adalah ekoran daripada kerosakan batang paip besar  belaku kebocoran (Main Pipe Leaking) yang sudah hampir dua minggu langsung tidak diperbaiki dan dibiarkan begitu saja walaupun telah dimaklumkan beberapa kali kepada pihak Jabatan Air namun tidak ambil peduli dan sambil lewa sahaja.

Memandangkan hari lebaran  hanya tinggal tiga hari saja lagi lebih 1000 pengguna  air yang membabitkan sepuluh buah kampung mereka rasa resa dan gelisah jika Jabatan Air masih tidak membekalkan air.


Keadaan buruk ini akan menyusahkan rakyat jadi adalah diharap Wakil Rakyat iaitu Linus Jurih tidak hanya berdiam diri saja sebaliknya bertindak segera menghugungi  jabatan yang berkenaan” tegas Taufick yang jengkel kepada  pemimpin kerajaan BN yang buat rakyat acuh tak acuh saja.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.