`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, August 1, 2013

Lelaki cedera parah diserang di Butterworth



  
Seorang lelaki cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki di hadapan Flat Kelisa di Butterworth malam tadi.
  
Jurucakap polis berkata ketika kejadian pukul 10.05 malam itu, mangsa S.Jayaselan, 34, sedang menunggu rakannya yang tinggal di flat berkenaan sebelum empat lelaki yang tidak dikenali menyerangnya.
  
"Empat lelaki yang menaiki dua buah motosikal dan memakai topi kaledar penuh itu berhenti berhampiran mangsa dan terus menyerangnya dengan menggunakan  parang serta besi.
  
"Mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri mengalami kecederaan parah di badan dan kepala. Terdapat lima kesan tetakan di kepalanya," katanya di Butterworth hari ini.
  
Beliau berkata mangsa yang tinggal di Taman Inderawasih di sini dikejarkan ke sebuah hospital swasta dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
  
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.
  
"Setakat ini kita belum tahu motif sebenar kejadian dan pihak polis meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu agar menghubungi kita bagi membantu siasatan," katanya.
  
Kes disiasat menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


- Bernama/Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.