`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 2, 2013

Mahkamah Tinggi tiada hak campur bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam kes Indira Gandhi

http://www.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/indira_300_432_100.jpg
(The Malaysian Insider) - Presidennya, Musa Awang, berkata keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Lee Swee Seng yang membatalkan pengislaman tiga anak M Indira Gandhi (gambar) dan Muhammad Ridzuan Abdullah tidak memberi kesan kepada hak penjagaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada April 2009 yang memberi hak penjagaan tiga beradik itu kepada Mohd Ridzuan.
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menegaskan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “Mahkamah Tinggi sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah”, yang memberi maksud keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh disentuh atau digugat oleh Mahkamah sivil.
Presidennya, Musa Awang, berkata keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Lee Swee Seng yang membatalkan pengislaman tiga anak M Indira Gandhi (gambar) dan Muhammad Ridzuan Abdullah tidak memberi kesan kepada hak penjagaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada April 2009 yang memberi hak penjagaan tiga beradik itu kepada Mohd Ridzuan.
Katanya, keputusan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Indira hanya menyentuh aspek prosedur yang mungkin tidak dipatuhi, tetapi tidak bermaksud pengislaman kanak-kanak itu tidak sah dari segi undang-undang dan hukum Syarak.
“Semakan kehakiman adalah daripada segi prosedur. Keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi belum muktamad kerana perkara ini masih terbuka kepada rayuan dan keputusan mahkamah yang lebih tinggi.
“Saya bersetuju satu rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh itu. Ini kerana dalam penghakiman itu terdapat suatu isu baru yang perlu diputuskan oleh mahkamah lebih tinggi.
“Permohonan yang difailkan  Indira ialah permohonan semakan kehakiman terhadap prosedur kemasukan Islam di jabatan agama Islam, sama ada mematuhi kehendak undang-undang atau tidak,” katanya dalam satu kenyataan khas kepada The Malaysian Insider.
Musa berkata, isu baru yang perlu diputuskan mahkamah lebih tinggi ialah sama ada pengislaman tiga anak berkenaan mengikut perlembagaan dan hak asasi kerana tidak dilakukan di hadapan ibu dan anak-anak.
Minggu lalu, bekas suami Indira, Muhammad Ridzuan berkata, beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membatalkan pengislaman ketiga-tiga anaknya.
Peguam kepada Muhammad Ridzuan, Hatim Musa mengesahkan menerima arahan itu daripada anak guamnya yang tidak hadir ke mahkamah ketika hakim memberikan keputusan.
Swee Seng dalam penghakimannya selama 1 jam 40 minit menetapkan perakuan memeluk Islam ke atas ketiga-tiga anak Indira Gandhi iaitu Tevi Darsiny, 16, Karan Dinish, 15, dan Prasana Diksa, 5, sebagai terbatal dan tidak sah.
Beliau berkata, pengislaman itu turut tidak mengikut Perlembagaan kerana bertentangan dengan keadilan asasi ekoran pendaftaran itu tidak dilakukan di hadapan Indira dan anak-anaknya.
Swee Seng berkata, di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 menghendaki anak-anak Indira hadir untuk mengucapkan dua kalimah syahadah sewaktu pendaftaran pengislaman itu dilakukan.
Indira, seorang guru tadika, berkahwin dengan K Patmanathan kini  20 tahun dahulu mengikut ritual Hindu.
Enam tahun selepas perkahwinan, pada 11 Mac, 2009, suaminya memeluk Islam dan menukar nama kepada Muhammad Ridzuan.
Sebulan selepas itu, beliau menukar agama ketiga anak-anaknya di Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam, Ipoh, Perak.
Penukaran agama itu tanpa pengetahuan Indira.
Pada bulan sama, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak kepadanya.
Mereka akhirnya bercerai dan suaminya mengambil anak bongsu yang berumur setahun bersamanya.
Indira kemudiannya ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anak kepada ayah dan pada Julai 2010, beliau menang kes walaupun terdapat bantahan keras Peguam Negara.
Walaupun menang, suaminya tidak memulangkan anak perempuan bongsu mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.