`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, August 3, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA JALINKAN SEMANGAT PERADUAN

Begitu kusyuk mendengar aduan daripada penduduk berkenaan
Masjlis Berbuka Puasa berkelompok (Sungkai) di bulan Ramadan Al-Mubarak ia bukan saja sekadar untuk menahan kelaparan, dahaka dan membuat perkara-perkara yang dilarang Agama di sepanjang bulan tersebut, bahkan ia menjurus mewujudkan hubungan dan jaliinan mesra antara satu sama lain walaupun tidak seagama dengan mereka.

Meriah....Wong turut meraihkan Hari Jadi ke 65 Macik Minah

Ini jelas masyarakat bukan beragama Islam yang membabitkan pemimpin kerajaan mahupun pembangkang yang dijemput untuk menghadiri majlis sedemikian bersama-sama masyarakat Islam dan bukan Islam telah membuktikan ujudnya setia kawan yang terjalin dan hal ini harus dipupuk dan dipelihara demi keharmonian daN semangat perpaduan kaum yang ada di Negara ini khususnya di Kampung Sim-Sim Berhala Darat dekat sini.

Ahli Parlimen (DAP) Kawasan Sandakan Stephen Wong berkata, demikian sewaktu memberi ucapan ringkas sejurus selepas majlis berbuka puasa di rumah Haji Kiflie di Lorong Jambatan 3 Kampung Sim-Sim malam tadi.

“Sebagai Ahli Parlimen yang diberi mandat pada PRU 13 lalu kita harus dekat dengat rakyat walaupun DAP tidak mampu untuk menunaikan apa saja permintaan rakyat sebab kita bukan kerajaan namum kita masih ada peluang dan ruang untuk mendengar segala rintihan-rintihan rakyat yang masih terpinggir dalam mendapat apa saja bantuan maka wajar kita akan suarakan dan ajukan kepada para pegawaijabatan kerajaan yang berkenaan” ujarnya.

Kata Wong lagi, sejak kebelakangan ini ramai di kalangan masyarakat Bumiputera bukan saja di Semenanjung yang sudah ramai menjadi ahli DAP bahkan di Sabah juga tidak kurangnya ramai golongan tersebut menyertai DAP ini termasuk di Kampung Sim-Sim yang kini sudah mempunyai tiga buah Cawangan.
Wong menambah segala permasalahan rakyat yang telah diajukan seperti anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga emas yang masih tersisih dalam mendapat bantuan akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diambil tindakan sewajarnya.

Dalam pada itu Wong dan rombongan telah diberikan penghormatan bagi sama-sama menyambut Hari Jadi makcik Minah yang ke 65 serentak dengan majlis berbuka puasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.