`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 2, 2013

Normala Sudirman: Jangan Hina Agama

JOHOR BAHRU: Dewan Muslimat PAS Pusat melahirkan kekesalan atas sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang menjadikan agama sebagai bahan senda gurau dan soal hukum dipermainkan sekaligus tidak menghormati kesucian Agama Islam yang menjadi agama rasmi di Malaysia mutaakhir ini. Apa yang paling menyedihkan ,perkara ini dilakukan oleh Ummat Islam sendiri tanpa ada perasaan bersalah dan malu bukan sahaja kepada ALLAH SWT ,tetapi kepada ummat Islam dan juga masyarakat majmuk di negara tercinta ini. 

Demikian kata Pn. Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala yang juga merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.
Beliau mengulas isu  tindakan seorang wanita bernama Maznah Mohd Yusof atau Chetz Yusof ,38 tahun yang dilaporkan memuat naik klip video kontroversi ‘Mengucapkan Selamat Menyambut AidilFitri Bersama Anjing’ ,sekaligus telah mencemari kemuliaan Bulan Ramadhan dan sambutan Aidilfitri bagi ummat Islam di Malaysia.

“ Tindakan ini jelas telah menghina Agama Islam dan tidak wajar dibiarkan berlaku pada masa akan datang.Soal tempoh masa kejadian berlaku pada masa sekarang atau beberapa tahun lalu ,bukanlah alasan untuk  masyarakat memaafkan begitu saja atas apa yang telah berlaku.Insiden ini wajar menjadi pengajaran kepada ummat Islam agar berhati- hati atas apa jua tindakan kita kerana kita tidak akan terlepas dari undang – undang jika apa yang kita lakukan menghina Agama Islam sekaligus mengguris hati ummat Islam di Malaysia

Maznah dilaporkan kini telah dibawa dari Bukit Aman ke Mahkamah Majistret Segamat dan berada dalam tahanan reman sehingga Jumaat esok.Beliau kini telah disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Tiada kompromi  dan tolak ansur dalam soal menghina kesucian agama Islam,tidak kira mereka yang terlibat itu beragama Islam atau sebaliknya. Sesiapa pun tidak akan terlepas dari undang – undang dan hukuman jika melakukan kesalahan” ,ujarnya lagi.
Sebelum ini ,negara digemparkan dengan tindakan 4 orang ratu cantik muslim yang ingin meneruskan hasrat menyertai pertandingan ratu cantik walaupun namanya mereka telah digugurkan dari senarai peringkat akhir. Yang menyedihkan lagi kenyataan salah seorang dari peserta tersebut yang mendedahkan hasrat di laman facebook untuk keluar dari Agama Islam.

Beliau menegaskan bahawa kejadian ini harus menjadi pengajaran kepada ummat Islam lain di negara kita agar jangan bermain main dalam soal hukum dan bersenda gurau serta menghina agama kerana dibimbangi jika perkara ini dibiarkan berlarutan,akan ada perkara –perkara lain yang dilakukan sehingga menggadai prinsip sebagai seorang muslim dan boleh meghakis akidah kita sebagai ummat Islam.

Pesoalannya, bagaimana anak – anak kita akan melihat situasi yang membimbangkan ini jika tidak dibendung dari sekarang? Bukan semua orang dewasa yang melayari laman facebook,bahkan anak- anak remaja juga antara  pengguna tertinggi di Malaysia.
Inilah cabaran anak – anak wawasan dalam era dunia globalisasi dan kemudahan internet tanpa sempadan di mana maklumat begitu mudah diperolehi di hujung jari’.Jadi ,tindakan yang dilakukan seperti kejadian ini wajar dibendung “ tegasnya menutup perbualan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.