`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 4, 2013

PROJEK JALAN BATU SAPI TIDAK BERKUALITI SPRM HARUS CAMPUR TANGAN



LAWAT…Wong membuat lawatan ketapak projek pembinaan jalan Batu Sapi yang tidak berkualiti SPRM harus campurtangan
AHLI Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt, meminta Kerajaan Barisan Nasional (BN)memberi penjelasan mengenai projek pembinaan Jalan Raya dual carriageway Batu Sapi Fasa 1 belum sampaipun dua tahun selepas siap pembinaannya keadaan jalan tersebut bertambah buruk .
MENDAP…Wong menunjukkan jalan baru saja disiap belum sampai 2 tahun sudah mendap berlubang di sana sini
Wong bersama mantan calon DAP DUN Karamunting Calvin Chong Ket Kuin telah membuat lawatan kerjanya sambil meninjau ketapak projek penglebaran Jalan Batu Sapi kelmarin mendapati boleh dikatakan 70 peratus berlubang di sana sini dan membayakan kepada pengguna jalan tersebut.

“Jalan tersebut hanya sejauh 3.5km, tetapi Kerajaan BN pun tidak mampu menyiapkannya dengan baik ataupun memantau dan menjaga penjalanan projek itu, jadi apa lagi yang mereka mampu buat? Tanya Wong.

Sehubungan itu Wong minta kerajaan Pusat BN dan juga Tan Sri Pairin Kitingan, Menteri Pembangunan Infrastruktur Asas Sabah, supaya memberi penjelasan kepada rakyat jelata, kerana jalan raya itu dibina dengan menggunakan wang rakyat.
Sambil itu Wong juga telah dimaklumkan bahawa Jalan Raya Batu Sapi mula dibina pada bulan Februari 2010, dan pada jadual asalnya dijangka disiapkan sepenuhnya pada tahun 2011. Sumber kewangan sebagai peruntukkan untuk pembinaan jalan raya itu, berjumlah RM24 juta, yang menggunakan peruntukkan Kerajaan Persekutuan, dan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Infrastruktur Asas Sabah.

Wong hairan apabila dimaklumkan bahawa Projek tersebut diberi secara Direct Negotiation dan tanpa sebarang Tender Terbuka. Kini, Projek itu sudah terlalu lambat disiapkan tempoh selama 2 tahun untukFasa 1 projek berkenaan.
Selanjutnya Wong juga ingin bertanya kepada Kerajaan BN di peringkat Persekutuan dan Negeri, jadi siapakah yang harus bertanggungjawab, dan mengapa tiada Tender Terbuka untuk para kontraktor yang berkalayakan.

“Saya minta pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatanterperinci terhadap projek tersebut kerana tidak memuaskan dari segi kualiti strukturnya dan selanjutnya main contractor yang bertanggungjawab keatas projek tersebut harus dipanggil dan di soal siasat kenapa jalan Batu Sapi boleh jadi begitu keadaannya” ujar Wong.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.