`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 3, 2013

PRORAKYAT RAIKAN ANAK-ANAK YATIM SEMENTA SERTA RAKAN-RAKAN PERJUANGAN DALAM MAJLIS IFTAR DENGAN SUASANA YANG RIANG...



Pertubuhan Kemajuan Kebajikan Rakyat Selangor (ProRakyat) yang di pengerusikan oleh Saudara Khairul Anuar Othman telah mengadakan majlis iftar bersama anggota-anggota PRORAKYAT@PKOM@SKS@CLUB REFORMIS@TEMAN FB@Blogger dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim malam tadi. 

Majlis tersebut diadakan di Restoren Tasik Antan Bantura Shah Alam telah berlangsung dalam suasana yang riang bersama kehadiran beberapa tetamu dan Ahli Majlis yang dijemput khas termasuk omakkau.

Pada majlis itu Saudara Khairul Anuar menyatakan syukur kerana berpeluang menyempurnakan Iftar bersama rakan-rakan dan anak-anak yatim, sedikit sumbangan telah diberi untuk meringankan beban mereka yang kehilangan orang yang tersayang.

Majlis seumpama ini dihasratkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk turut sama-sama berperanan untuk menceriakan golongan yang kurang bernasib baik dalam mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Untuk Saudara Khairul Anuar Othman berserta urusetia yang terlibat...tahniah omakkau ucapkan!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.