`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, August 3, 2013

Qiamulail / Solat malam / Solat Tahajjud


Nabi saw. bersabda, “Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (tahajud).” (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Allah swt. sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (HR Abu Daud)

Dari Salman Farisi, Nabi saw. bersabda, “Hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) solat malam. Sebab ia adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu kepada Allah, menghapuskan dosa, mencegah diri dari maksiat dan menyembuhkankan penyakit.” (HR At-Tabrani )

Allah berfirman maksudnya, “Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu menempatkan kamu di kedudukan yang terpuji". (Al Isra : 79)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.