`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, August 3, 2013

SEMUA JAMBATAN KG KARAMUNTING AKAN DIBAIK PULIH


Kaption Gambar SK121/LAWAT….Linda (bertopi) dan pegawai-pegawainya kelihatan sedang meninjau kemudahan asas yang rosak di Kampung Karamunting
Ahli Parlimen Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin akan berusaha memohon peruntukan dari Kerajaan untuk membaik pulih semua jambatan kayu yang rosak di Kampung Karamunting.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan ke kampung berkenaan untuk melihat sendiri kemudahan-kemudahan rosak yang perlu dibaiki setelah menerima aduan dari penduduk kelmarin.

Menurut Linda, program turun padang merupakan satu pendekatan yang membolehkan wakil-wakil rakyat untuk berjumpa dengan penduduk kawasan masing-masing bagi meninjau masalah mereka serta mendengar suara rakyat.

Bercakap kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net, Kerajaan Barisan Nasional (BN) memang prihatin terhadap permasalahan rakyat dan sentiasa berusaha mencari penyelesaian demi kepentingan dan keselesaan rakyat. Ini termasuk memastikan seluruh rakyat terutama masyarakat luar bandar dapat menikmati kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan tanpa mengira apapun faham ideologi politik.

Turut menyertai lawatan itu ialah Ketua Pengawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi, Kong Nyuk Thou dan pemimpin- pemimpin setempat.

Para penduduk mengalu-alukan berita baik yang dibawa oleh Datin Linda dalam usaha beliau mengatasi masalah yang dihadapi rakyat jelata di kawasan Parlimen Batu Sapi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.