`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 27, 2013

“Suami saya lihat Altantuya dibawa pergi mereka berdua” – Isteri PI Bala


[KD] KUALA LUMPUR 26 Ogos: Isteri mendiang PI Balasubramaniam, A Santamil Selvi berkata, suaminya menceritakan sendiri kepadanya bagaimana model Mongolia Altantuya Sharibuu ‘dibawa’ oleh Sirul Azhar dan Azilah Hadri.

“Saya tahu Altantuya dibunuh. Mendiang suami saya menceritakan sendiri kepada saya.


Isteri mendiang PI Balasubramanian, A Santamil Selvi (Gambar fail)

“Dia melihat Altantuya dibawa pergi oleh mereka berdua, sebelum mayat Altantuya dijumpai telah diletupkan,” katanya kepada Keadilandaily.

Azilah Hadri, bekas Cif Inspektor Unit Tindakan Khas (UTK) dan Koperal Sirul Azhar dibebaskan daripada tuduhan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu 23 Ogos lalu oleh Mahkamah Rayuan.

“Dimanakah keadilan untuk mangsa? Mereka yang melakukan jenayah itu dibebaskan hanya kerana masalah teknikal dalam perbicaraan.

“Ini menyedihkan saya,” katanya.

Balasubramaniam, satu-satunya individu yang membuat akuan bersumpah (SD) menceritakan peristiwa berkaitan dengan pembunuhan Altantuya Shariibu kembali Malaysia 22 Februari tahu ini.

Sebaik saja pulang, Bala berjanji akan membuat roadshow di seluruh negara bagi menceritakan apa yang berlaku.

Beliau hanya sempat berbuat demikian di Dewan Himpunan China Selangor dan di Bachok, Kelantan sahaja kerana mengadu tidak sihat.


Namun, beliau meninggal dunia 15 Mac lalu di Klinik Rawang selepas mengalami sesak nafas.

Dalam pada itu, Selvi turut melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan keputusan membebaskan dua bekas pengawal pengirng Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya berharap perbicaraan semula dilakukan. Panggil semua yang terlibat, bicarakan betul-betul,” tegas Selvi. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.