`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 20, 2013

Naib Presiden Umno: Status quo kekal

Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein berjaya mengekalkan jawatan yang dimenangi tahun 2009.
UPDATED
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno hari ini.
Seperti diramal, tiga penyandang itu berjaya mengekalkan jawatan mereka dalam parti politik terbesar negara.
Sehingga jam 11.45 malam,  Ahmad Zahid mendapat 173 undi, Mohd Shafie 160 undi dan Hishammuddin 96 undi.
Manakala Datuk Mukhriz Tun Mahathir, yang memberi saingan hebat dalam pertandingan itu memperolehi 83 undi.
Dua lagi calon, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat lapan dan tujuh undi masing-masing.
Ahmad Zahid  paling awal menang iaitu kira-kira jam 6.25 petang, diikuti Mohd Shafie setengah jam kemudian.
Keputusan itu menyerupai pertandingan jawatan Ketua Pemuda dan Wanita Umno Sabtu lalu di mana penyandang Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengekalkan jawatan masing-masing.
Sebelum ini Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno.
Pilihan akar umbi
Kira-kira 146,000 anggota akar umbi diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti itu berbanding sebelum ini hanya 2,500 perwakilan menentukan nasib pemimpin Majlis Tertinggi semasa perhimpunan agung Umno.
Ini merupakan kali pertama anggota akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan Umno berikutan pindaan Perlembagaan parti pada 2009 ke arah menjadikan parti itu lebih telus, demokratik dan membasmi gejala politik wang.
Mesyuarat perwakilan Umno hari ini berlangsung serentak di 191 bahagian bermula 8 pagi tadi.
Ia juga telah memilih 25 ahli Majlis Tertinggi Umno. Seramai 62 orang bertanding jawatan itu.
Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Rauf Yusof yang ditemui pemberita di ibu pejabat parti, berkata pemilihan keseluruhannya berjalan lancar tanpa sebarang halangan besar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.