`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 6, 2014

Belia di Seremban jadikan kedai kosong pusat minum arak


6 Mei 2014 - Bukan saja membuat bising, tetapi hampir setiap hari sekumpulan anak muda menjadikan deretan rumah kedai kosong berhampiran Taman Ixora 137, Seremban 3, di sini sebagai ‘port' minum arak.

Bukan itu saja, malah sekiranya ditegur, penduduk pula akan dibaling dengan botol arak menyebabkan masing-masing terpaksa mendiamkan diri dan menahan sabar.
“Boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada kumpulan anak muda hingga mencecah 10 orang berkumpul di situ bermula 6 petang sehingga larut malam, membuat bising sambil meminum arak.
“Mereka akan membuka radio kereta sekuat-kuatnya seperti pesta menyebabkan kami di sini terganggu,” katanya.
Menurutnya, paling membimbangkan apabila kumpulan terbabit pernah bergaduh sesama sendiri menyebabkan penduduk risau kemungkinan ada yang bertindak lebih ganas.
"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.