`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 25, 2014

Exco Pulau Pinang dilarang masuk pusat mengundi

Phee Boon Poh dilarang kerana dibimbangi beliau mungkin akan "merayu undi".
Phee Boon PohGEORGE TOWN: Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh dilarang masuk ke sebuah pusat pengundian di sini bagi pilihan raya kecil Bukit Gelugor hari ini kerana dibimbangi beliau mungkin akan “merayu undi”.
Phee, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, yang tiba di SMK Air Itam kira-kira 9 pagi untuk menunggu ketibaan calon DAP Ramkarpal Singh, dilarang masuk ke pusat itu oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau yang memakai rompi Unit Rondaan Sukarela (PPS) berwarna ungu dilihat berdiri di luar pusat pengundian itu.
Phee, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Puyu, berkata terdapat pengundi yang keliru dengan tanda arah di pusat itu dan beliau hanya membantu mereka.
“Saya percaya pengundi sudah membuat keputusan siapa yang mereka mahu undi sebelum memasuki pusat pengundian,” katanya.
Ramkarpal terbabit dalam pertandingan empat penjuru dengan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohammad Zan dan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar.
Pusat pengundian dibuka 8 pagi ini dan akan ditutup 5 petang.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh yang juga bekas pengerusi DAP, dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.
Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.