`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 23, 2014

Gadis Lari Rumah Kerana Ayah Suruh Solat

Kangar: Hanya kerana ditegur supaya bersolat, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun tergamak melukakan hati bapanya apabila bertindak keluar dari rumah keluarganya di Bintong, di sini, sejak Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, Sharifah Atiqah Syed Azharudin yang juga anak sulung daripada dua beradik menghilangkan diri tanpa membawa pakaian mahupun wang.

Bapanya Syed Azharudin Syed Bainy, 42, berkata pada malam sebelum kejadian, dia ada memarahi Atiqah kerana tidak menunaikan solat menyebabkannya merajuk lalu memberitahu ibu tirinya Siti Zubaidah Abdullah, 44, mengenai perkara itu. 

Menurutnya, anaknya sebelum ini menetap di Kuala Lumpur bersama ibu saudaranya sebelum tinggal bersama mereka selama dua minggu sejak awal bulan ini. 

“Memang saya menegurnya kerana tidak bersolat selain perwatakannya yang begitu sosial bersama rakan-rakannya menyebabkannya mungkin merajuk lalu keluar dari rumah. 

“Namun, saya terkejut kerana dia tidak pulang semula ke rumah pada petang kejadian sebelum diberitahu salah seorang rakan isteri bahawa Atiqah ada datang berjumpa bagi mencari kerja untuk membeli tiket bas tanpa diketahui tujuannya,” katanya. 

“Saya merayu orang ramai atau sesiapa terserempak dengan Atiqah dapat menghubungi talian 012-4104286 atau 012-4875231,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.

...................

Kita cuba tengok benda ni dari perspektif gadis tersebut menggunakan pemikiran zaman sekarang ;

1. Itu hak dia nak lari
2. Siapa kita nak judge dia?
3. Kalau dia lari dari rumah kerana tanak solat, itu adalah kehendak dia sendiri.
4. Siapa ayah dia nak paksa-paksa agama dekat dia?
5. Pahala, dosa, syurga, neraka itu hak Tuhan jadi apa pasal ayah dia nak sibuk?
6. Gadis bertudung bukannya baik sangat!

Jadi dalam bab ni, menggunakan cara berfikir zaman sekarang, ayah dia la yang salah sebab ayah dia tak sepatutnya memaksa anak dia solat. Ayah dia kena hormat dan terima yang anak dia ada fikiran dan pilihan dia sendiri. Cara hidup setiap manusia adalah berbeza jadi ayah dia kena la terima hakikat yang jika anak perempuan dia tak nak solat, paksaan hanya akan menyebabkan benda lebih buruk berlaku jadi sebaiknya, biarkan sahaja anak anda tak solat.

Woah! Rasa macam pengikut dajjal pulak bila tulis benda-benda camtu! Makin ramai sebenarnya pemikir2 yang sealiran dengan dajjal sekarang ni. Kalau kau tak percaya kau tengok la betul2. Orang2 camni senang nak kenal.

Dia pasti akan justify yang apa yang ayah dia buat tu salah kerana pada diorang agama, khasnya Islam, adalah choice, sama ada nak atau tidak ikut, hanyalah antara dia dengan Tuhan semata-mata.

Semua benda antara dia dengan Tuhan.
Orang lain jangan sibuk!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.