`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 24, 2014

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pula Melalak


Kali ni ISMA sudah lebih ....... Mereka masih tidak mahu belajar dari apa yang telah berlaku baru-baru ni, Telah banyak pihak beri amaran kepada Presiden Isma, Kerana menghasut atas kenyataan beliau yang keras sebelum ini.

KJ yang bertaraf Menteri pun marah pada ISMA, Sudah-sudah la ISMA ! Tolong hentikan sikap RASIS anda itu ! Anda tidak membantu memupuk semangat perpaduan antara kaum jika terus bersuara begini.

Tindak-tanduk ISMA lebih banyak membawa mudarat berbanding manfaat samada kepada survival Islam atau Melayu.

Terpulanglah pada ISMA sam ada mahu teruskan atau kembali ke pangkal jalan.

- IdaMan 


        DAP lah yang menggunakan wanita untuk kepentingan mereka – ISMA 

[tmt]- Ketua Wanita ISMA, Ustazah Norsaleha Mohd Salleh menasihatkan pemimpin DAP, Lim Kit Siang supaya tidak meracau apabila bercakap mengenai Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

“ISMA adalah gerakan Islam. Tidak ada kena mengena dengan pelampau kejantinaan. “Jika mahu bercakap mengenai ISMA, buat rujukan terlebih dahulu.

” Lebih-lebih lagi mengenai kedudukan wanita dalam ISMA,” katanya kepada wartawan.

Beliau berkata demikian membidas kenyataan Kit Siang semalam bahawa apabila menganggap ISMA tidak menghormati golongan wanita sehingga menyatakan ISMA bersikap pelampau lelaki.

Ini berikutan baru-baru ini Naib Presiden ISMA II, Encik Rahman Mat Dali menyifatkan calon DAP, Dyana Sofya sebagai gula-gula DAP untuk memperbodohkan orang Melayu.

Soal ustazah Saleha, bila masa pula ISMA mengatakan wanita seperti gula-gula murahan? “Kenyataan Naib Presiden ISMA itu mengibaratkan bahawa DAP menggunakan Dyana untuk perbodohkan Melayu.

“Tidak wujud istilah ISMA tidak hormat golongan wanita, sebaliknya DAP lah yang menggunakan wanita untuk kepentingan mereka,” jelasnya. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.