`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 6, 2014

PENIPUAN MELALUI SMS

PENIPUAN MELALUI SMS
SCAM ALERT: Sindiket memperdayakan mangsa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar secara rambang kepada pemilik telefon bimbit dengan menyatakan mereka berjaya memenangi hadiah wang tunai berjumlah ribuan ringgit daripada bank, syarikat minyak, minuman atau telekomunikasi terkenal di Malaysia.
Modus Operandi:
1. Sindiket menghantar khidmat pesanan ringkas mengatakan memenangi cabutan bertuah daripada sebuah bank.
2. Mangsa diarahkan untuk membuat panggilan kepada nombor telefon yang diberikan melalui pesanan ringkas tersebut.
3. Mangsa yang percaya kemudian menghubungi nombor talian berkenaan dan diminta memasukkan sejumlah wang ke akaun yang diberi oleh sindiket sebagai wang deposit tuntutan hadiah.
4. Mangsa hanya menyedari mereka ditipu selepas tuntutan hadiah tidak diperolehi dalam tempoh yang dijanjikan dan nombor talian yang digunakan oleh sindiket gagal dihubungi.
Nasihat polis:
1. Dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada syarikat berkenaan sekiranya benar terdapat penganjuran sesebuah peraduan yang dikendalikan oleh pihak mereka.
2. Jangan cepat ‘gelap mata’ dengan tawaran/hadiah yang tidak munasabah.
3. Jangan mudah percaya dengan tawaran hadiah yang dihantar melalui SMS.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.